ANGKA korban akibat Taufan Rai yang membadai Filipina minggu lepas meningkat kepada 375 manakala lebih 50 lagi masih hilang.

Sebelum bergerak ke Laut China Selatan pada Jumaat, taufan berkenaan melanda kumpulan kepulauan di selatan Filipina dengan kelajuan angin 195 kilometer sejam.

Angin kencang mengakibatkan pokok tumbang serta bangunan musnah selain menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa kawasan.

Kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik serta bekalan air bersih, menurut pihak berkuasa tempatan.

Menurut polis, 56 individu dilaporkan hilang manakala lebih 500 lagi cedera susulan kejadian itu.

Seorang wanita maut selepas diterbangkan angin di wilayah Negros Occidental manakala seorang lelaki berusia 57 tahun ditemui mati di atas pokok, kata polis.

Pasukan angkatan tentera telah dikerah pada Isnin bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa terkesan.

Tahun ini sahaja 15 taufan telah membadai Filipina namun Taufan Rai yang paling dasyat.

Minggu lepas Presiden Rodrigo Duterta mengumumkan bantuan lebih AS$40 juta kepada mangsa, memetik laporan Reuters.