awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO bukan ‘pelengkap angka’ Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
PMX ada ‘DNA UMNO’, adil dalam melayani tuntutan - Ahmad Zahid
217 warga asing ditahan dalam operasi di dua pusat beli-belah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban banjir di Sri Lanka meningkat kepada 334, 370 lagi hilang

Bernama
Bernama
01/12/2025
02:20 MYT
Angka korban banjir di Sri Lanka meningkat kepada 334, 370 lagi hilang
Seorang lelaki menggunakan rakit untuk mengharungi air di Kelaniya, Sri Lanka, 30 Nov, 2025. REUTERS
ISTANBUL: Angka korban akibat banjir di Sri Lanka meningkat kepada 334 orang manakala 370 lagi dilaporkan hilang, menurut Pusat Pengurusan Bencana negara itu pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Ringkasan AI
  • Banjir di Sri Lanka: 334 orang maut, 370 hilang, operasi cari dan selamat berterusan.
  • Lebih 1.12 juta orang terjejas, 1,275 pusat bantuan beroperasi untuk beri perlindungan.
  • Tentera dan pasukan bantuan terlibat, helikopter tentera terhempas, presiden isytihar darurat.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan di beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir, tanah runtuh dan kemusnahan meluas sejak pulau itu dilanda cuaca buruk pada 17 Nov, lapor Newswire.
Sejak Siklon Ditwah melanda Sri Lanka pada Rabu, kira-kira 1.12 juta orang daripada 309,607 keluarga telah terjejas di seluruh negara.
Menurut News 1st, sebanyak 1,275 pusat bantuan kini beroperasi dan menyediakan perlindungan kepada 180,499 individu yang terpaksa berpindah akibat bencana itu.
Angkatan tentera sedang melaksanakan operasi udara dan darat untuk memindahkan mangsa yang terperangkap, manakala pasukan bantuan bekerja pantas menyalurkan makanan, air dan bekalan perubatan.
Menurut Daily Mirror, sebuah helikopter Tentera Udara Sri Lanka terhempas pada Ahad ketika menjalankan operasi bantuan bencana, namun semua kru berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital.
Portal berita Ada Derana melaporkan semua universiti, institusi pengajian tinggi dan pusat latihan vokasional di bawah Kementerian Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pendidikan Vokasional akan menghentikan aktiviti akademik sehingga 8 Dis.
Presiden Anura Kumara Dissanayake pada Sabtu mengisytiharkan darurat bagi negara Asia Selatan itu susulan kerosakan meluas yang disebabkan oleh Siklon Ditwah, menurut Daily Mirror.
Kerajaan turut menggalakkan rakyat Sri Lanka di luar negara dan warga asing menyumbang kepada usaha membantu mereka yang terjejas akibat bencana itu.
Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan amaran banjir berisiko tinggi bagi beberapa sungai utama, menasihatkan penduduk di kawasan hilir sungai supaya segera berpindah.
Dissanayake turut mengarahkan lebih 20,000 anggota tentera dikerah bagi operasi menyelamat, lapor Daily Mirror.
Pihak berkuasa sebelum ini mengeluarkan amaran merah tanah runtuh bagi lapan daerah berisiko tinggi.
Menurut All India Radio, Jabatan Meteorologi India telah mengeluarkan amaran merah untuk kawasan tenggara India, termasuk utara Tamil Nadu, Puducherry dan pesisir pantai selatan Andhra Pradesh yang bersempadanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sri Lanka
#darurat
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan