awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
98 peratus bantuan wang ihsan berjaya diproses dalam tempoh kurang 14 hari - KP NADMA
AKPS patah cubaan bawa masuk 50 tan daging babi sejuk beku
LHDN sasar selesai bayaran balik lebihan cukai syarikat Tahun Taksiran 2023 pada suku pertama 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban banjir di Sumatera melebihi 600, ratusan masih hilang

Bernama
Bernama
02/12/2025
10:40 MYT
Angka korban banjir di Sumatera melebihi 600, ratusan masih hilang
Hujan lebat yang melanda sebahagian besar Sumatera minggu lalu menyebabkan air sungai melimpah, mencetuskan tanah runtuh dan menenggelamkan seluruh daerah. - Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Agensi Bencana Indonesia melaporkan peningkatan ketara angka korban susulan banjir besar dan tanah runtuh di Sumatera, dengan sekurang-kurangnya 604 kematian direkodkan setakat ini, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hujan lebat yang melanda sebahagian besar Sumatera minggu lalu menyebabkan air sungai melimpah, mencetuskan tanah runtuh dan menenggelamkan seluruh daerah.
Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) memaklumkan bahawa 464 orang masih hilang, manakala 2,600 lagi cedera.
Lebih 1.5 juta penduduk terjejas dan sekitar 570,000 orang terpaksa meninggalkan rumah, kebanyakannya berlindung di bangunan awam yang sesak dengan akses terhad kepada air bersih dan bekalan elektrik.
Kemusnahan terburuk dilaporkan di Sumatera Utara yang merekodkan sekurang-kurangnya 283 kematian.
Di Sumatera Barat, pihak berkuasa mengesahkan 165 kematian, manakala 156 orang terkorban di Aceh.
BNPB berkata kerajaan daerah berdepan kesukaran memulihkan rangkaian komunikasi dan menghubungi komuniti yang terputus hubungan akibat jambatan runtuh, jalan rosak dan talian elektrik terputus.
Indonesia, sebuah negara dengan lebih 17,000 pulau, merupakan antara negara paling terdedah kepada bencana alam di dunia.
Musim tengkujuh saban tahun sering mencetuskan banjir dan tanah runtuh, namun pihak berkuasa berkata impaknya semakin memburuk susulan pembalakan, pembangunan pesat dan peningkatan kejadian cuaca ekstrem.
Pasukan kecemasan daripada kerajaan pusat, tentera dan agensi bencana tempatan telah dikerahkan ke seluruh kawasan terjejas, tetapi akses masih menjadi cabaran utama, menurut BNPB.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#banjir Sumatera
#jumlah korban
#Agensi Bencana Indonesia
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan