awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza
OIC sambut baik fasa kedua pelan damai, pembentukan jawatankuasa Palestin
Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban banjir di Vietnam dijangka terus meningkat

Reuters
Reuters
26/06/2018
08:01 MYT
Angka korban banjir di Vietnam dijangka terus meningkat
Setakat ini 15 orang dilaporkan terbunuh termasuk 12 mangsa kanak-kanak manakala 11 yang lain dilaporkan masih hilang. - Foto VNA/Quy Trung via Reuters
Jumlah kematian akibat kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa wilayah di Vietnam dijangka akan terus meningkat selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran cuaca yang lebih buruk akan melanda.
Setakat ini 15 orang dilaporkan terbunuh termasuk 12 mangsa kanak-kanak manakala 11 yang lain dilaporkan masih hilang di wilayah Lai Chau.
Kebanyakan mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat yang bermula dari Sabtu.
Pihak berkuasa pengurusan bencana juga melaporkan tiga terkorban di wilayah Ha Giang.
Banjir dan tanah runtuh setakat ini menyebabkan nilai kerosakan melebihi 141 bilion Dong atau 6.15 juta dolar Amerika melibatkan rumah, jalan raya dan tanaman.
Laluan utama yang menghubungkan kesemua wilayah terlibat juga ditutup pada Selasa.
Tahun lalu, 389 orang terbunuh dan 668 cedera dalam kejadian sama di negara itu.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#ha giang
#hujan lebat
#lai chau
#tanah runtuh
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan