Skip to main content

Dunia

Sistem pertahanan udara UAE pintas misil, dron Iran

UAE dron Iran_X @modgovae
UAE mengesahkan bahawa bunyi yang didengar di beberapa bahagian negara itu berpunca daripada sistem pertahanan udara yang memintas peluru berpandu balistik serta jet pejuang yang memintas dron. - Gambar/ X @modgovae

WASHINGTON: Sistem pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang giat memintas peluru berpandu dan dron yang dilancarkan dari Iran, menurut Kementerian Pertahanan pada awal Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menerusi hantaran di X, kementerian itu mengesahkan bahawa bunyi yang didengar di beberapa bahagian negara itu berpunca daripada sistem pertahanan udara yang memintas peluru berpandu balistik serta jet pejuang yang memintas dron.

Advertisement

 

 

Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan serantau semakin memuncak sejak 28 Feb lepas apabila AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran yang mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Iran melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video