Skip to main content

Malaysia

Beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir, dua PPS dibuka 

PPS Kuching FB UKAS
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 3 petang ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di kawasan Kuching.

KUCHING: Beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 3 petang ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di kawasan Kuching.

Advertisement

“PPS Dewan R-Piang menempatkan 38 mangsa daripada tujuh keluarga membabitkan penduduk dari kawasan Kampung Sinar Budi Baru.

“Selain itu, maklumat terperinci mengenai sebuah lagi PPS yang dibuka di Dewan Stapok sedang dikemas kini,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak turut melakukan rondaan serta pemantauan di kawasan berisiko banjir seperti di Kampung Sinar Budi Baru, Taman Desa Wira serta Kampung Tabuan Dayak.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video