Skip to main content

Dunia

Angka korban COVID-19 di seluruh dunia kini lebih 322,000

41588456730_ParqueTarumacemete.jpg
41588456730_ParqueTarumacemete.jpg
Advertisement
ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 322,000.

Menurut statistik Johns Hopkins University, tiga negara merekodkan angka kematian melebihi 30,000.


Statistik Johns Hopkins University.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mencatatkan kematian tertinggi dengan 91,000 kes.

United Kingdom (UK) dan Itali masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan lebih 35,000 dan 32,000 kes.

Negara keempat dan kelima catat kematian tertinggi ialah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,000 dan 27,000 kes.

Manakala, Brazil yang mencatatkan peningkatan kes mendadak sejak beberapa hari lalu, merekodkan 17,000 kes kematian.

Negara lain merekodkan angka maut COVID-19 bawah 10,000 kes.

Must Watch Video

Advertisement