awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Gaza akibat serangan Israel melebihi 49,600 orang

Bernama
Bernama
20/03/2025
15:29 MYT
Angka korban di Gaza akibat serangan Israel melebihi 49,600 orang
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 112,950 orang turut cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023. - AP
ANKARA: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada 49,617 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan pada Khamis.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa 85 orang terbunuh dan 133 yang lain cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak awal pagi.
Menurut kementerian itu, sekurang-kurangnya 112,950 orang turut cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka," menurut kementerian itu.
Tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza sejak Selasa, sekali gus menghancurkan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa sejak Januari.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#angka korban
#Gaza
#Palestin
#genosid
#gencatan senjata
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan