GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan Israel di Gaza setakat Jumaat meningkat kepada 17,487, dengan lebih 46,480 orang cedera.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra, 350 orang terbunuh dengan 558 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu, manakala ramai lagi mangsa masih berada di bawah runtuhan.
Menurut Al-Qudra, 70 peratus mangsa serangan darat dan udara Israel membabitkan wanita dan kanak-kanak.
Tentera Israel juga masih menahan 36 kakitangan perubatan termasuk Mohammad Abu Salmiya, Ketua Pengarah Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza, sejak 23 November lalu.
Memetik laporan Agensi Anadolu, Al-Qudra menyifatkan keadaan kesihatan di selatan Gaza sebagai malapetaka kerana semua hospital di kawasan itu kehabisan ruang untuk merawat pesakit, dengan kadar penggunaan katil di hospital pada tahap 262 peratus.
Sebelum itu Al-Qudra berkata pasukan perubatan menghadapi keadaan sukar di Al-Shifa, yang dikuasai tentera Israel bulan lalu, dan menggesa sokongan organisasi antarabangsa untuk membantu memulihkan sektor kesihatan Gaza.
Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Gaza pada 1 Disember selepas berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu dengan Hamas.
Angka kematian Israel dalam serangan Hamas berjumlah 1,200, manakala 138 tebusan masih ditahan oleh kumpulan Palestin di Gaza, menurut angka rasmi.
Astro Awani
Sat Dec 09 2023
Seorang wanita dan anaknya yang cedera akibat serangan tentera rejim Zionis Israel dikejarkan ke sebuah hospital di Deir al Balah. - Foto AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire
Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d'Ivoire pada petang Jumaat.
12 cedera, beberapa kanak-kanak hilang empangan pecah
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera manakala beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang selepas sebuah empangan pecah di wilayah luar bandar barat daya Colombia, Cauca, awal pagi Jumaat.
Ibu pula menyusul 'pergi' selepas tiga hari anak meninggal dunia
Seorang ibu yang ditemukan tidak sedarkan diri bersama mayat anaknya di sebuah rumah di Kampung Gual To'Deh, di sini yang sedang dilanda banjir, meninggal dunia pada Selasa.
Angka korban banjir terburuk selatan Thailand cecah 22 orang
Wilayah selatan Thailand dilanda hujan lebat serta banjir kilat sejak 22 November lalu menjejaskan kira-kira 664,173 isi rumah.
Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.
Tiga maut akibat Taufan Fengal melanda kawasan pantai India
Taufan itu melintasi utara Tamil Nadu dan pesisir pantai Puducherry, berhampiran dengan Puducherry dengan membawa angin sekencang 70-90 km/j.
Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.