Skip to main content
Advertisement

Dunia

Angka korban gempa bumi di Venezuela meningkat kepada 5,069 orang

Sumber: REUTERS
Seramai 21,235 orang kini ditempatkan di 107 kem sementara yang diwujudkan di ibu negara Caracas serta negeri La Guaira, Miranda dan Aragua. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

CARACAS: Angka korban akibat gempa bumi yang melanda Venezuela pada 24 Jun lepas meningkat kepada 5,069 orang, kata Presiden Perhimpunan Kebangsaan Jorge Rodriguez pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut kemas kini rasmi yang disiarkan menerusi Telegram oleh Rodriguez, jumlah mangsa yang cedera kekal pada 16,740 orang, manakala 6,462 lagi berjaya diselamatkan.

Kemas kini itu turut memaklumkan bahawa seramai 21,235 orang kini ditempatkan di 107 kem sementara yang diwujudkan di ibu negara Caracas serta negeri La Guaira, Miranda dan Aragua.

Sejak gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 melanda lebih tiga minggu lalu, pihak berkuasa telah merekodkan sebanyak 1,331 gempa susulan.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement