awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban gempa bumi Turkiye cecah 44,218 orang

Bernama
Bernama
25/02/2023
04:47 MYT
Angka korban gempa bumi Turkiye cecah 44,218 orang
Lebih 11,400 anggota misi mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa masih menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian. - Gambar fail
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 44,218 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb lalu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu pada Jumaat.
Hampir 335,400 khemah telah dibina di zon gempa, lapor Agensi Anadolu memetik Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).
Lebih 11,400 anggota misi mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa masih menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian.
Empat pusat khidmat sosial bergerak diwujudkan di Kahramanmaras, Hatay, Osmaniye dan Malatya untuk menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi.
Kira-kira 912,000 orang telah menerima sokongan psikososial dengan 615,000 di zon gempa bumi dan 297,000 di luar zon gempa.
Menurut AFAD, gempa yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu turut disusuli dengan 9,136 gegaran susulan.
Gegaran berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 10 wilayah lain - Hatay, Gaziantep, Adiyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, Sanliurfa, dan Elazig yang menjejaskan kira-kira 13.5 juta penduduk.
Beberapa negara di rantau berkenaan termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#gempa turkiye
#angka korban
#SAR
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan