awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan terlibat lumba haram di Setiu
Pelajar asnaf, anak yatim dan B40 antara penerima manfaat biasiswa baharu KPMB–KPKPM
Hakim dalam kes Charlie Kirk dengar permohonan gugurkan pasukan pendakwaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban insiden banjir, tanah runtuh di Indonesia cecah 68 orang

Bernama
Bernama
28/01/2019
04:11 MYT
Angka korban insiden banjir, tanah runtuh di Indonesia cecah 68 orang
Penduduk berpindah dengan menaiki rakit meninggalkan kediaman mereka menuju ke pusat perlindungan di Makassar, Selatan Sulawesi, 23 Jan, 2019. (Foto AP/Fail)
Angka korban akibat hujan lebat yang mencetuskan insiden tanah runtuh dan banjir di sebuah pulau di Indonesia telah meningkat kepada 68 orang, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan agensi pengurusan bencana negara itu pada Ahad.
Sekurang-kurangnya 47 orang cedera manakala tujuh lagi masih hilang di Pulau Sulawesi yang dilanda bencana, kata Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional.
Hujan lebat melanda sekurang-kurangnya 13 daerah di seluruh pulau itu termasuk Makassar, ibu kota wilayah Sulawesi Selatan.
Lebih 6,700 mangsa telah dipindahkan ke kawasan selamat, kata Nugroho.
Sementara itu, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dalam satu kenyataan menyebut bahawa kerajaan akan membayar wang pampasan sebanyak 15 juta rupiah (kira-kira US$1,066) bagi setiap korban kepada keluarga mangsa.
Insiden banjir dan tanah runtuh telah memusnahkan kediaman, bangunan kerajaan, sekolah dan jambatan.
Tanah runtuh dan banjir sering berlaku di Indonesia, terutama semasa musim tengkujuh antara Oktober dan April, ketika hujan lebat melanda kepulauan tropika yang luas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#hilang
#hujan
#Indonesia
#Jusuf Kalla
#Makassar
#mangsa
#pampasan
#Pulau Sulawesi
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan