awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban kebakaran di pusat peranginan ski di Turkiye meningkat kepada 66 orang

Bernama
Bernama
21/01/2025
14:37 MYT
Angka korban kebakaran di pusat peranginan ski di Turkiye meningkat kepada 66 orang
Kebakaran itu memusnahkan sebuah bangunan pada awal pagi Selasa. - Reuters
ANKARA: Angka korban akibat kebakaran di pusat peranginan ski di Kartalkaya di Wilayah Bolu, Turkiye, meningkat kepada 66 orang manakala 51 lagi cedera, menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya, pada Selasa.
Terdahulu, Yerlikaya memaklumkan kebakaran itu mengorbankan 10 nyawa dan mencederakan 32 orang. Kebakaran itu memusnahkan sebuah bangunan pada awal pagi Selasa. Ramai tetamu dilaporkan cuba menyelamatkan diri dengan mengikat cadar yang digunakan sebagai tali.
Kedutaan Rusia di Turkiye memaklumkan kepada Sputnik/RIA Novosti bahawa pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan rakyat Rusia yang cedera.
"Malangnya, kita mempunyai 66 mangsa korban dan 51 cedera," kata Yerlikaya seperti dipetik oleh penyiar Turkiye, Haber Global.
BACA: Kebakaran di resort ski terkemuka Turkiye, sekurang-kurangnya 10 maut, 32 cedera
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#resort ski
#Turkiye
#mangsa korban
#kartalkaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan