awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di resort ski terkemuka Turkiye, sekurang-kurangnya 10 maut, 32 cedera

Agensi
Agensi
21/01/2025
08:46 MYT
Kebakaran di resort ski terkemuka Turkiye, sekurang-kurangnya 10 maut, 32 cedera
Kejadian menggemparkan di Resort Kartalkaya itu melibatkan Hotel Grand Kartal yang memiliki 12 tingkat. - X: @ferozwala
ISTANBUL: Insiden kebakaran di sebuah resort ski terkemuka di Turkiye pada Selasa mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang manakala 32 yang lain cedera, lapor Kementerian Dalam Negeri.
Media tempatan melaporkan, kejadian menggemparkan di Resort Kartalkaya itu melibatkan Hotel Grand Kartal yang memiliki 12 tingkat. Kebakaran tersebut antara lain mudah merebak berikutan kemasan struktur bangunan yang banyak menggunakan material kayu.
Dalam kejadian yang bermula pada jam 3.27 pagi waktu tempatan itu, terdapat beberapa mangsa yang maut akibat cuba melompat keluar dari jendela hotel.
Resort di puncak kawasan pergunungan itu terletak kira-kira 170 kilometer di barat laut Ankara.
Kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian restoran resort pada waktu tengah malam, namun masih belum diperincikan puncanya.
Visual laporan saluran berita tempatan antara lain menunjukkan keadaan api yang marak serta kepulan asap tebal yang memenuhi udara, dengan berlatarkan puncakpuncak gunung yang dilitupi salji.
Lebih menyulitkan usaha menyelamat pihak pemadam kebakaran, bahagian belakang hotel itu betul-betul terletak di pinggir tebing.
Pada masa kejaidan, sekitar 237 tetamu sedang menginap di hotel, dan jumlah itu membentuk kadar hunian setinggi 80 hingga 90 peratus lantaran ketika ini adalah musim cuti sekolah.
Mereka yang selamat kini dipindahkan sementara ke hotel-hotel berdekatan, sementara siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#resort ski
#Turkiye
#kartalkaya
#hotel grand kartal
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan