Angka kematian akibat wabak virus di China terus merekodkan peningkatan kepada 56 orang pada pagi Ahad, dengan jumlah keseluruhan 1,975 kes dilaporkan.

Jumlah tersebut meliputi 24 jam sebelumnya dan sekali gus mencatatkan peningkatan kematian kepada 15 orang dan 688 kes baharu.

Kerajaan China turut memaklumkan, terdapat lima kes di Hong Kong, dua di Monaco dan tiga di Taiwan.

Dalam pada itu, beberapa negara turut dilihat merekodkan kewujudkan kes sama iaitu di Thailand, Jepan, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Malaysia, Nepal, Perancis dan Australia.

Terkini, Kanada turut dilaporkan menemui satu kes sama.

Pemimpin-pemimpin China pada Sabtu menyatakan penyebaran virus berkenaan berlaku dengan pantas dan ia amat serius.

Presiden Xi Jinping dipetik berkata keadaan di China disifatkan getir dan beliau mahu kerajaan fokus kepada usaha membendung virus berkenaan agar tidak terus merebak.