awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban krisis tebusan Algeria kini 81 orang

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2013
00:14 MYT
Angka korban krisis tebusan Algeria kini 81 orang
Angka korban krisis tebusan di kompleks gas Ain Amenas, Algeria meningkat kepada 81 orang.
Menurut seorang pegawai keselamatan, angka itu berdasarkan kepada penemuan terbaharu puluhan mayat mangsa oleh pihak berkuasa Algeria.
Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa yang ditemui sukar dikenal pasti kerana kecacatan yang serius.
Sebelum ini, kerajaan Algeria memaklumkan hanya 32 anggota pelampau dan 23 tebusan terbunuh.
Di ibu negara Algeria, Algiers, rakyat melahirkan sokongan mereka terhadap tindakan pihak tentera dalam menyelamatkan tebusan yang terperangkap.
Seorang individu berkata, biarpun operasi menyelamatkan tebusan dikritik hebat oleh beberapa buah negara, namun pendekatan tentera untuk membebaskan tebusan adalah tepat.
Kebanyakan tebusan yang diculik terdiri daripada warga asing termasuk rakyat Malaysia. Sementara itu, rakaman televisyen Algeria pada Ahad menunjukkan visual terbaharu di kompleks gas tersebut selepas berakhirnya krisis tebusan itu.
Visual tersebut menunjukkan, pihak berkuasa Algeria berjaya menemui sejumlah besar senjata api dan kenderaan yang dibakar.
Topic Berkaitan
#Algeria
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan