awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban meningkat kepada 43,020, lebih 101,000 cedera - Kementerian Kesihatan Gaza

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2024
11:20 MYT
Angka korban meningkat kepada 43,020, lebih 101,000 cedera - Kementerian Kesihatan Gaza
Dalam tempoh 48 jam yang lalu, 96 rakyat Palestin terkorban dan 277 lagi cedera. -Gambar fail/AP
GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 43,020 orang telah terbunuh dan 101,110 cedera akibat serangan ketenteraan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Ringkasan AI
  • Sejak 7 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 43,020 orang telah terbunuh dan 101,110 cedera akibat serangan ketenteraan Israel. Dalam tempoh 48 jam yang lalu, 96 rakyat Palestin terkorban dan 277 lagi cedera.
  • Serangan udara di Beit Lahia mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang dan memusnahkan beberapa bangunan, termasuk Hospital Kamal Adwan yang diserang, menyebabkan kematian dan kerosakan peralatan perubatan.
  • Kementerian Kesihatan Gaza menyeru bantuan pembedahan di Hospital Kamal Adwan, sementara Setiausaha Agung PBB Antnio Guterres mengulangi seruannya untuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan, menekankan pentingnya menghentikan pengabaian terhadap kemanusiaan dan undang-undang perang.

Dalam tempoh 48 jam yang lalu, 96 rakyat Palestin terkorban dan 277 lagi cedera.
Dalam perkembangan terkini, serangan udara Israel di Beit Lahia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang dan memusnahkan beberapa bangunan.
Hospital Kamal Adwan, salah satu daripada tiga hospital yang masih beroperasi di kawasan itu, telah diserang, menyebabkan beberapa mangsa terkorban selain peralatan dan bekalan perubatan musnah.
Antara yang terkorban dalam serangan itu termasuk anak lelaki pengarah hospital Dr Hossam Abu Safiya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza menyeru sesiapa yang mempunyai kemahiran pembedahan untuk membantu di Hospital Kamal Adwan bagi menyelamatkan seramai mungkin yang cedera dan sakit.
Setiausaha Agung PBB, António Guterres, mengulangi seruannya untuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Beliau menegaskan bahawa pengabaian terang-terangan terhadap kemanusiaan asas dan undang-undang perang mesti dihentikan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Hospital Kamal Adwan
#Beit Lahia
#Israel
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan