Skip to main content

Dunia

Angka korban serangan Jambatan B1 di Iran meningkat kepada 13

The B1 bridge damaged by a strike, as the U.S.-Israeli conflict with Iran continues, in Karaj, Iran, April 3, 2026. Majid Asgaripour/WANA_REUTERS
Serangan AS-Israel mengenai sebuah jambatan utama di lebuh raya utana di wilayah Alborz, utara Iran pada awal Khamis. - Gambar fail/Reuters

ISTANBUL: Angka korban akibat serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Jambatan B1 di bandar Karaj, Iran, meningkat kepada 13 orang, menurut Agensi Berita Pelajar Iran yang memetik Ketua Pengarah Yayasan Syuhada dan Veteran Alborz, Amir Hossein Daneshkuhan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Jumlah mereka yang terkorban dalam serangan AS-Israel ke atas Jambatan B1 di wilayah Alborz meningkat kepada 13 orang,” kata Daneshkuhan awal Sabtu.

Advertisement

Serangan AS-Israel mengenai sebuah jambatan utama di lebuh raya utana di wilayah Alborz, utara Iran pada awal Khamis, menurut laporan media.

Agensi Berita Fars melaporkan beberapa lokasi di kawasan Azimieh diserang, termasuk Jambatan B1 yang disifatkan sebagai jambatan tertinggi di Asia Barat.

Media itu melaporkan beberapa orang cedera dan jambatan berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada projek infrastruktur utama yang dijangka dirasmikan tidak lama lagi, mengalami kerosakan.

Laporan menunjukkan tentera AS mungkin melancarkan serangan “double tap” di Iran, iaitu lokasi sama diserang dua kali berturut-turut.

Menurut keterangan yang dipetik dalam laporan media, serangan kedua berlaku kira-kira sejam selepas serangan pertama, ketika pasukan penyelamat sudah berada di lokasi untuk membantu mangsa yang cedera, walaupun anggota berkenaan dianggap sebagai orang awam yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video