awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban serangan zionis di Gaza hampiri 200 orang, 52 kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2021
22:16 MYT
Angka korban serangan zionis di Gaza hampiri 200 orang, 52 kanak-kanak
Serangan dan kekejaman Israel turut merebak ke bandar-bandar lain. - Foto REUTERS
SERANGAN kejam zionis yang menyasarkan warga Palestin di Gaza memasuki minggu kedua.
Di sebalik kecaman masyarakat antarabangsa dan desakan hentikan kezaliman, Israel terus mengganas.
Roket dan serangan udara bertalu-talu jatuh di bumi Gaza, menimpa orang awam tidak berdosa.
Akibatnya, bukan sahaja bangunan dan rumah kediaman ranap, malah angka korban juga meningkat dalam kalangan warga Palestin.
Di Gaza, para pegawai sifatkan, serangan terbaharu di adalah paling buruk sejak konflik berlanjutan sekian lama.
Di pihak tentera Israel pula, mereka membalas serangan Hamas dan menumpukan kepada lokasi operasi serta yang didiami pasukan pejuang itu dengan matlamat menghapuskan mereka sepenuhnya.
Serangan dan kekejaman Israel turut merebak ke bandar-bandar lain di mana protes yang berlarutan bertukar ganas dan berdarah.
Antaranya di Tebing Barat, berlaku pertelingkahan antara tentera dan penduduk awam serta berakhir dengan kematian.
Sehingga Ahad, angka korban akibat serangan zionis hampiri 200 orang, termasuk lebih 50 kanak-kanak.
Lebih 30 wanita dengan lebih 1,200 individu pula cedera.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Gaza
#serangan
#korban
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan