PORT-AU-PRINCE: Angka korban akibat gempa bumi yang melanda Haiti minggu lepas meningkat kepada 1,941 mangsa, pada awal pagi Rabu.
Mangsa yang cedera pula meningkat kepada 9,915 orang manakala puluhan lagi dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan, menurut Perkhidmatan Perlindungan Awam.
Pihak hospital turut berdepan tekanan bagi memberi rawatan kepada mangsa.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi berkekuatan 7.2 pada skala Ritcher disusuli gempa susulan dirasai di bandar Petit Trou de Nippes kira-kira 150 kilometer barat ibu kota Port-au-Prince, pada kedalaman 10 kilometer.
Gempa bumi pada 8.30 pagi waktu tempatan Sabtu lepas turut dirasai sehingga sejauh Cuba dan Jamaica.
Gempa itu dilaporkan kuat dan lebih dalam berbanding gempa bumi berkekuatan 7.0 pada skala Ritcher yang mengorbankan lebih 200,000 orang di negara termiskin Amerika 11 tahun lalu.
Perdana Menteri Ariel Henry turut mengiystiharkan darurat selama sebulan.
Bandar yang mengalami kerosakan teruk ialah Les Cayes di mana banyak bangunan runtuh dan pihak berkuasa masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Namun usaha itu berdepan kesukaran akibat banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan Ribut Tropika Grace yang melanda negara berkenaan.
Menurut wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), Bruno Maes golongan paling terkesan merupakan kanak-kanak berikutan kekurangan bekalan makanan dan tempat berteduh.
"Ribuan keluarga kehilangan segalanya akibat gempa bumi tersebut dan kini terpaksa hidup dengan kaki mereka ditenggelami air.
"Ketika ini kira-kira 500,000 kanak-kanak di Haiti tiada tempat tinggal, air bersih, perkhidmatan kesihatan mahupun makanan," katanya.
Di Les Cayes, penduduk tempatan menyatakan, air membanjiri bandar itu dan menyebabkan panik kerana mereka bimbang berlakunya tsunami.
Media Haiti melaporkan beberapa orang di sepanjang pantai telah melarikan diri ke kawasan pergunungan.
Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami setelah gempa berlaku namun ia ditarik balik tidak lama kemudian.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden meluluskan tindakan segera ke atas insiden gempa tersebut dan menamakan Samantha Power, Pentadbir Agensi Pembangunan Antarabangsa sebagai penyelaras usaha pemulihan.
Gempa berlaku hanya sebulan selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise.
Bencana alam terbaharu ini menyebabkan sejumlah besar rakyat Haiti berdepan satu lagi masalah iaitu kelaparan dan kebuluran ketika mana perkhidmatan kesihatan dipenuhi dengan pesakit COVID-19.
Astro Awani
Tue Aug 17 2021
UNICEF memaklumkan golongan paling terkesan merupakan kanak-kanak. - Foto AP/Joseph Odelyn
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.