Skip to main content

Dunia

Angka korban tanah runtuh di China meningkat kepada 21 orang

In this photo released by Xinhua News Agency, rescuers conduct search and rescue at the site of a landslide at a village in Nanhe township of Tanchang County, Longnan City, northwest China's Gansu Province on Tuesday, July 7, 2026. (Xinhua via AP)
Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi tanah runtuh di sebuah kampung di pekan Nanhe, Daerah Tanchang, Bandar Longnan, wilayah Gansu, barat laut China, 7 Julai 2026. (Foto Xinhua menerusi AP)
Advertisement

ANGKA kematian akibat kejadian tanah runtuh di barat laut China meningkat kepada 21 orang selepas operasi menyelamat di lokasi kejadian selesai pada Rabu.

Kejadian berlaku sebelum jam 7 pagi Selasa di kawasan Nanhe, bandar Longnan, wilayah Gansu, apabila tanah runtuh menimbus 33 penduduk. 

Penyiar kebangsaan CCTV melaporkan semua mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan menjelang awal pagi Rabu. 

Tujuh daripada mereka mengalami kecederaan ringan, manakala lima lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kejadian tanah runtuh itu masih belum dikenal pasti.

Rakaman gambar dan video yang disiarkan CCTV pada Selasa menunjukkan pasukan penyelamat menggunakan tiga jentera pengorek ketika menjalankan operasi di kawasan yang dipenuhi timbunan tanah.

Keadaan cuaca ketika kejadian dilaporkan cerah.

Must Watch Video

Advertisement