awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban tanah runtuh di Georgia meningkat kepada 17

Bernama
Bernama
06/08/2023
03:30 MYT
Angka korban tanah runtuh di Georgia meningkat kepada 17
Kejadian tanah runtuh berlaku pada Khamis berhampiran Hotel Sunset Shovi di perkampungan Shovi. -REUTERS
TBILISI: Angka kematian akibat tanah runtuh di wilayah Racha barat laut Georgia meningkat kepada 17 setakat ini, menurut Kementerian Dalam Negeri Georgia pada Sabtu, lapor Sputnik.
"Setakat ini, penyelamat telah menemukan 17 mayat. Lebih 200 orang telah dipindahkan ke kawasan selamat sebagai sebahagian daripada operasi menyelamat," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan menerusi laman sesawang.
Operasi menyelamat di kawasan bencana diteruskan pada hari ketiga.
Perkhidmatan bomba dan penyelamat, penguatkuasa undang-undang, anggota tentera, kenderaan khas dan sebuah helikopter Polis Sempadan turut terlibat dalam operasi itu, menurut kementerian.
Media Georgia sebelum ini melaporkan jumlah kematian sekitar 13 orang manakala pencarian 23 mangsa yang masih hilang diteruskan.
Kejadian tanah runtuh berlaku pada Khamis berhampiran Hotel Sunset Shovi di perkampungan Shovi.
Lebih 400 penyelamat dan kakitangan perkhidmatan dikerah ke lokasi terbabit.
Susulan kejadian bencana itu, Perdana Menteri Georgia Irakli Garibashvili mengisytiharkan 7 Ogos sebagai hari berkabung.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#angka korban
#tanah runtuh
#Georgia
#wilayah Racha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan