Jumlah korban akibat taufan Mangkhut di Filipina pada hujung minggu lalu, meningkat kepada 81 orang, menurut polis, lapor agensi berita Xinhua pada Rabu.
Usaha menyelamat diteruskan untuk mencari 70 lagi mangsa masih hilang yang kemungkinan terperangkap dalam tapak runtuhan, di bandar perlombongan Itogon di wilayah Benguet utara Filipina.
Penasihat Presiden Filipina, Francis Tolentino berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan bagi mengesan jika terdapat mangsa terselamat.
Majoriti terkorban dan hilang dilaporkan di Wilayah Pentadbiran Cordillera yang menyaksikan banyak kejadian tanah runtuh.
Taufan ganas itu melanda Filipina tahun ini di timur laut pulau Luzon pada awal Sabtu, mengakibatkan tanah runtuh, rumah dan ladang musnah selain pokok dan tiang letrik tumbang.
Lembah Cagayan, kawasan industri jagung terbesar dan pengeluar kedua beras negara, merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Menurut Majlis Kawalan dan Pengurusan Risiko Bencana Negara, kerosakan terhadap sektor pertanian Filipina dianggarkan 14.3 bilion peso (AS$264.3 juta).
Mangkhut, taufan ke-15 membadai Filipina tahun ini. Agensi cuaca meramalkan sebanyak empat atau lima taufan melanda negara itu menjelang hujung tahun.
Filipina dilanda taufan kira-kira 19 kali dalam setahun. Pada 2013, taufan Haiyan membinasakan tengah Filipina, mengorbankan lebih 6,000 orang, manakala taufan Ketsana pada 2009 pula menyebabkan banjir besar di Metro Manila, meragut lebih 700 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
Usaha mencari dan me nyelamat mangsa yang tertimbus di Itogon diteruskan. - Reuters
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.