awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar bincang konflik Palestin dengan Liga Muslim Sedunia

Bernama
Bernama
21/10/2023
05:15 MYT
Anwar bincang konflik Palestin dengan Liga Muslim Sedunia
Anwar berbincang dengan Sheikh Muhammad Abdulkarim Issa semasa mengunjungi pejabat liga berkenaan di Rabitah Alam Islami. - Gambar/ Bernama
RIYADH: Konflik Palestin-Israel antara yang dibincangkan Malaysia dengan Liga Muslim Sedunia di sini, malam tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Sheikh Muhammad Abdulkarim Al-Issa semasa mengunjungi pejabat liga berkenaan di Rabitah Alam Islami di sini.
Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Zamry Abdul Kadir.
Perbincangan tertutup mereka antaranya melibatkan isu serangan terhadap Palestin dan kesepakatan yang harus diambil pimpinan negara-negara Islam dan rangkaian ulama sedunia berhubung konflik itu.
Turut dibincangkan ialah isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama' Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak.
Anwar berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang berakhir semalam.
Dalam ucapan pada sidang kemuncak itu semalam, Anwar menggesa masyarakat antarabangsa agar menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi secara terang-terangan terhadap rakyat Palestin.
Beliau berkata masyarakat antarabangsa tidak lagi boleh menutup mata terhadap kekejaman itu dan mesti mengambil tindakan untuk menangani punca konflik Palestin-Israel.
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mencadangkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif ASEAN-GCC) (CEPA) untuk memaksimumkan potensi ekonomi kedua-dua rantau itu.
Menurutnya hubungan ASEAN-GCC kini semakin berkembang kukuh sejak kali pertama ia terjalin secara rasmi pada 1990.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perang Palestin-Israel
#Liga Muslim Sedunia
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan