awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Korea Kembali: Budaya pacu hubungan dua hala dengan Malaysia - Duta Yeo
MALAYSIA
Lelaki ditahan curi jam tangan Rolex bernilai lebih RM100,000
DUNIA
Eropah ada pengaruh dalam perbincangan AS-Iran - Menteri Luar Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Anwar dan Prabowo: Dua sahabat, satu rantau, satu harapan

Kenyataan Media
Kenyataan Media
27/06/2025
07:15 MYT
Sponsor Banner
Anwar dan Prabowo: Dua sahabat, satu rantau, satu harapan
Kedua-dua pemimpin yang pernah melalui fasa perjuangan sukar kini menjadi simbol kebangkitan dan kepercayaan diri. - Gambar/ Bernama
HUBUNGAN akrab antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mencetuskan dimensi baharu dalam hubungan diplomatik serantau. Lebih daripada sekadar lawatan rasmi atau kerjasama dua hala, keakraban ini dilihat sebagai simbol politik yang bersifat progresif dan manusiawi. Ia memberi inspirasi kepada anak muda yang selama ini skeptikal terhadap dunia politik yang dilihat keras, penuh persaingan dan tidak membumi.

Ringkasan AI
  • Hubungan akrab antara Anwar Ibrahim dan Prabowo Subianto membuka dimensi baharu dalam diplomasi serantau, mencerminkan politik yang lebih manusiawi, progresif dan dekat dengan aspirasi anak muda.
  • Kedua-dua pemimpin yang pernah melalui fasa perjuangan sukar kini menjadi simbol kebangkitan dan kepercayaan diri, dengan pendekatan komunikasi yang relevan serta kerjasama dua hala yang kukuh dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.
  • Keakraban ini turut mengalir ke akar umbi melalui kerjasama antara sayap pemuda Malaysia dan Indonesia, memperkukuh diplomasi rakyat dan membuka ruang kepada generasi muda untuk menjadi pemain aktif dalam politik serantau yang lebih segar dan inklusif.

Sejarah mencatatkan bahawa kedua-dua tokoh ini pernah melalui fasa-fasa getir dalam perjuangan politik masing-masing. Anwar Ibrahim dikenang sebagai tokoh reformasi Malaysia yang dipecat, dipenjara dan diasak selama puluhan tahun sebelum bangkit semula dan akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Prabowo Subianto pula melalui perjalanan yang tidak mudah selepas tersingkir daripada tentera pada era reformasi Indonesia 1998 sebelum kembali menyusun langkah sehingga akhirnya menang dalam pilihan raya presiden.
Perjalanan Anwar selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004 menunjukkan betapa kuatnya ikatan antara beliau dan rakyat Indonesia. Semasa lawatan beliau ke Jakarta tidak lama selepas itu, Anwar diundang sebagai penceramah untuk beberapa program syarahan bertema “Anwar Sahabat Sejati”. Ini mencerminkan kesetiaan dan penghargaan rakyat Indonesia terhadap beliau serta memperlihatkan bahawa nilai persahabatan dan keadilan yang dibawanya resonan merentasi sempadan negara.
Kedua-duanya pernah dianggap sudah tamat karier namun hari ini mereka berdiri sebagai pemimpin utama dua negara. Sejarah peribadi mereka yang penuh luka dan perjuangan menjadikan naratif ini lebih hidup dan bermakna terutama kepada generasi muda yang mengimpikan politik yang jujur, terbuka dan tidak bersifat elitis. Kisah mereka menjadi pelajaran besar bahawa kesabaran dan konsistensi dalam memperjuangkan cita-cita tetap akan menemukan jalannya.
Dalam budaya politik Asia Tenggara yang kadangkala kaku dan terlalu bersifat protokol, keakraban yang ditampilkan antara Anwar dan Prabowo memberikan sentuhan kemanusiaan yang segar. Gambar-gambar mereka bersalaman erat, ketawa bersama dan berbicara tanpa kekangan menjadi bahan tular yang memberi mesej bahawa pemimpin boleh mesra, tulus dan tidak terputus dengan denyut nadi rakyat.
Lebih menarik, gaya komunikasi mereka kini selari dengan cita rasa generasi digital. Anwar dengan bahasa Melayu baku yang difahami ramai rakyat Indonesia dan Prabowo dengan gaya media sosialnya yang disunting dengan nuansa estetik moden menjadikan mereka relevan di mata anak muda. Kedua-dua tokoh ini dilihat berjaya menjambatani jurang generasi serta memecahkan tembok konservatif dalam politik.
Hubungan dua hala ini juga memberi impak nyata terhadap dasar dan inisiatif bersama. Di bawah kepimpinan mereka, kerjasama strategik antara Indonesia dan Malaysia semakin kukuh dalam sektor ekonomi, keselamatan makanan dan perlindungan pekerja migran. Kedekatan ini turut dizahirkan dalam kunjungan tidak rasmi Prabowo ke Kuala Lumpur hanya untuk makan tengah hari bersama Anwar, suatu isyarat bahawa hubungan mereka bukan dibina atas protokol semata-mata tetapi atas rasa saling percaya yang tulus.
Kedua-dua negara kini turut menyusun strategi jangka panjang melalui dasar-dasar baharu. Di Indonesia, program makan percuma yang dilancarkan oleh Prabowo dilihat sebagai usaha besar memperkukuh jaminan sosial, manakala penubuhan institusi Danantara yang disifatkan sebagai Temasek versi Indonesia memperlihatkan betapa seriusnya beliau merancang pertumbuhan ekonomi negara ke hadapan. Malaysia pula dengan pendekatan MADANI di bawah Anwar terus memberi penekanan kepada pengukuhan institusi dan keadilan sosial yang inklusif.
Dalam konteks hubungan dua negara, ini bukan pertama kali Malaysia dan Indonesia menyaksikan keakraban dua pemimpin besar. Sejarah turut mengingatkan kita kepada hubungan awal antara Tunku Abdul Rahman dan Presiden Soekarno yang pernah melalui fasa mesra dan idealistik pada awal kemerdekaan. Namun keakraban itu musnah akibat konfrontasi yang menegangkan suasana serantau. Kini hubungan Anwar dan Prabowo seolah-olah membuka semula pintu sejarah yang tertutup lama, memberi harapan baharu bahawa diplomasi boleh hadir dengan nilai peribadi, saling percaya dan niat tulus dalam membina Asia Tenggara yang lebih stabil dan bersatu.
Apa yang lebih penting, hubungan dua hala ini tidak terhenti di aras kepimpinan tertinggi semata-mata. Ia turut mengalir ke akar umbi melalui kerjasama aktif antara sayap pemuda seperti Angkatan Muda Keadilan AMK dari Malaysia dan Garda Pemuda NasDem GPND dari Indonesia. Komunikasi yang terjalin antara dua organisasi anak muda ini membuka ruang kepada pertukaran pandangan, latihan bersama dan potensi projek kerjasama rentas sempadan.
Seorang pengurus GPND di Malaysia menyatakan bahawa jika anak muda hari ini sudah saling mengenal dan berjejaring, masa depan kerjasama Indonesia dan Malaysia akan menjadi lebih kukuh bukan sahaja di tingkat elit tetapi juga di lapangan masyarakat. Ucapan ini menyentuh inti sebenar diplomasi rakyat bahawa kekuatan serumpun itu dibina dari bawah, bukan semata-mata dari atas.
Bagi AMK, kerjasama dengan GPND ini adalah peluang untuk keluar dari zon selesa dan menjadi suara anak muda Malaysia yang turut bergema di pentas serantau. Ia adalah ruang untuk menunjukkan bahawa anak muda Malaysia bukan sahaja kritikal terhadap isu dalam negara tetapi juga bersedia menjadi pemain aktif dalam diplomasi ASEAN yang berwajah muda, segar dan dinamik.
Lawatan Anwar ke Indonesia hari ini memperkukuh lagi mesej ini. Beliau dijangka akan bertemu Prabowo pada petang ini untuk sesi dialog dasar bersama, diikuti lawatan ke pusat latihan pemuda dan dialog bersama generasi muda Indonesia. Inisiatif-inisiatif ini menampakkan bahawa pendekatan serius untuk membina kerjasama bukan hanya di meja mesyuarat rasmi tetapi juga melibatkan terus suara dan aspirasi anak muda kedua-dua negara.
Kesimpulannya Prabowo dan Anwar tidak sekadar memainkan peranan sebagai pemimpin negara tetapi muncul sebagai simbol kebangkitan semula, kepercayaan diri dan keakraban serumpun yang membawa harapan baharu kepada rakyat terutama anak muda. Dalam dunia politik yang sering dicemari oleh retorik kosong dan polarisasi, kehadiran dua figura ini memperlihatkan bahawa politik boleh diangkat dengan nilai setia kawan, kematangan dan jiwa rakyat yang tulen. Dan yang paling penting obor perjuangan ini kini mula disambut oleh tangan-tangan muda yang tidak mahu hanya menjadi penonton sejarah tetapi mahu menulisnya semula.
Oleh: Shamsul Iskandar Mohd Akin
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Prabowo Subianto
#Malaysia
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami