awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
AS jangka perjanjian perdagangan dimuktamad menjelang Hari Buruh pada September - Bessent
DUNIA
PM Thailand arah tahap berjaga-jaga dipertingkat susulan ancaman bom di wilayah selatan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Anwar, Prabowo gesa keamanan lebih luas di Asia Barat

Bernama
Bernama
27/06/2025
15:15 MYT
Sponsor Banner
Anwar, Prabowo gesa keamanan lebih luas di Asia Barat
Anwar berkata Malaysia konsisten dalam menyuarakan bantahan tegas terhadap pencerobohan dan pelanggaran Israel ke atas Iran. - Gambar FB Anwar Ibrahim
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkongsi hasrat yang sama untuk melihat keamanan tercapai, bukan sahaja antara Israel dan Iran tetapi juga di seluruh rantau Asia Barat.
Meluahkan rasa lega terhadap perkembangan terkini berupa genjatan senjata sementara antara Israel dan Iran, Anwar bagaimanapun berkata Malaysia dan Indonesia mengecam sekeras-kerasnya kekejaman berterusan Israel yang mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Palestin.
Beliau berkata Malaysia konsisten dalam menyuarakan bantahan tegas terhadap pencerobohan dan pelanggaran Israel ke atas Iran, serta menyokong hak negara itu untuk mempertahankan kedaulatan dan maruahnya.
"Tapi yang penting, seperti yang disentuh oleh Presiden (Prabowo), ada keinginan kita bersama untuk perdamaian tercapai, bukan saja antara Iran dan Israel, tapi seluruh Asia Barat," kata Anwar sambil berharap Palestin dapat menjadi sebuah negara yang bebas dan berdaulat.
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media bersama selepas pertemuan dua hala di Istana Merdeka di sini hari ini.
Terdahulu, Prabowo berkata Malaysia dan Indonesia akan terus menggalakkan penyelesaian secara damai oleh semua pihak, serta menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Iran.
"Kami berharap proses ini dapat diteruskan ke arah perdamaian. Hanya two-state solution yang bisa mengakhiri pertikaian ini.
"Indonesia dan Malaysia memandang perlu ada satu upaya kolektif global untuk mendorong penyelesaian konflik secara damai," kata beliau sambil menambah Indonesia juga akan terus menyokong kemerdekaan Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami