BERLIN: Aplikasi jejak dan kesan COVID-19 Jerman yang digunakan oleh berjuta-juta orang untuk memberi amaran tentang potensi pendedahan kepada virus itu, kini memasuki "mod tidur" pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Kementerian Kesihatan Jerman, Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak dengan pembekal perkhidmatan SAP dan T-Systems tamat pada 31 Mei.
Memandangkan situasi wabak yang sudah reda, fungsi amaran telah dimatikan pada 1 Mei.
Pengguna boleh menyimpan dan menggunakan aplikasi itu pada telefon mereka seperti sijil vaksinasi elektronik mereka.
Aplikasi itu membolehkan kira-kira sembilan juta orang mengeluarkan lebih 270 juta amaran berikutan ujian positif, menurut pembangunnya.
Selepas pertemuan dengan seseorang yang telah diuji positif, pengguna akan menerima paparan amaran merah.
Sejak dilancarkan pada 16 Jun 2020, aplikasi itu telah dimuat turun lebih daripada 48 juta kali.
Sehingga 35 juta pengguna telah menggunakan aplikasi itu secara aktif.
Menurut kementerian, aplikasi itu boleh "dibangunkan" sekiranya keadaan kembali kritikal.
Menteri Kesihatan Jerman Karl Lauterbach merayu pengguna supaya tidak memadamkan aplikasi itu daripada telefon mereka.
"Mungkin kita perlu gunakan semula untuk COVID-19. Mungkin juga kita mengembangkannya untuk penyakit berjangkit lain," kata Lauterbach.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Sejak dilancarkan pada 16 Jun 2020, aplikasi Corona Warn telah dimuat turun lebih daripada 48 juta kali dan sehingga 35 juta pengguna telah menggunakan aplikasi itu secara aktif. - Gambar fail/AP
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Polis tahan lelaki campak tong cat, kunci pagar masjid
Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.

JKDM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan - Mohd Na'im
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.