Pengguna iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch kini boleh menikmati cara pembayaran yang lebih mudah dengan adanya Apple Pay.
Apple telah memperkenalkan aplikasi terbarunya itu yang membolehkan pemegang kad kredit Mastercard menggunakan peranti mudah alih tersebut bagi urusan pembelian harian.
Menurut satu kenyataan oleh Apple, MasterCard telah membina asas bagi transaksi mudah alih yang selamat, agar pengguna dapat menggunakan kad mereka bila, di mana dan apa jua cara yang mereka inginkan.
Untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi tersebut, pengguna hanya perlu meletakkan iPhone berhampiran pembaca tanpa sentuh, dengan jari mereka pada Touch ID dan transaksi mereka akan disahkan.
Bagi pembelian melalui aplikasi pula, menurut Apple, pengguna hanya perlu sentuh untuk membayar dan mengesahkannya dengan cap jari atau kod laluan.
Cara ini dapat memudahkan pembelian tanpa perlu memasukkan nombor kad atau memberhentikan aplikasi.
Ketua Pegawai Pembayaran, MasterCard, Ed McLaughlin berkata Apple Pay memberikan pengguna satu cara yang mudah, selamat dan mengutamakan privasi untuk membeli-belah.
"Kami telah menjadi pelopor inovasi perdagangan mudah alih bertahun lamanya termasuk penyelesaian pembayaran tanpa sentuh dan mudah alih yang pertama di dunia.
"Kami teruja bahawa tidak lama lagi pemegang kad MasterCard dapat membuat pembayaran menggunakan iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch mereka dan mengetahui bahawa setiap pembelian adalah selamat dengan jaminan dan faedah yang sama seperti menggunakan kad MasterCard mereka," katanya lagi.
Apple Pay dijangka dapat dinikmati oleh pengguna di Amerika Syarikat melalui kemas kini percuma platform iOS 8 pada Oktober ini.
Haider Yutim
Thu Sep 18 2014

Apple Pay merupakan transaksi mudah alih yang selamat. Foto AFP
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

WhatsApp boleh sembunyi perbualan guna frasa rahsia khas
Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia dan menyembunyikan sesuatu perbualan di sebalik frasa itu.

Apple dilapor henti pembangunan modem 5G rekaan sendiri
Pembangunan modem sendiri ini tidak berjalan lancar walaupun selepas Apple mengambil alih perniagaan ini daripada Intel beberapa tahun yang lalu.

Apple tidak akan kembalikan Touch ID pada iPhone
Peranti baharu terakhir dengan Touch ID ialah iPhone SE Gen 3 yang dilancarkan tahun lalu.

Apple dijangka kemas kini semua model iPad pada 2024
Ini sekali gus akan menjadikan iPad Pro berkuasa tinggi serta menawarkan kualiti paparan yang sangat baik bersama-sama dengannya.

Apple mulakan rakaman gambar jalan di Malaysia bermula hari ini
Keseluruhan rakaman di Malaysia dijangka akan tamat pada 25 Julai 2024 kelak, berakhir di Sarawak.

Pengasas bersama Apple Steve Wozniak dimasukkan ke hospital selepas alami strok
Wozniak dijadual berucap pada Forum Perniagaan Dunia namun dibatalkan "atas sebab perubatan".

Tim Cook sahkan Apple labur, bangunkan teknologi AI generatif
Apple kini turut melabur pada arena AI generatif, namun tiada apa yang boleh dikongsikan buat masa ini.

Miliki Apple iPhone 15 pada harga serendah RM21 sebulan dengan Yes 5G
Yes 5G mengorak langkah sebagai peneraju rangkaian di negara ini dengan mengumumkan Apple sebagai rakan rangkaian terbaharu mereka.

Perancis perintahkan penarikan iPhone 12 dari pasaran
ANFR memaklumkan iPhone 12 didapati mengeluarkan tahap radiasi elektromagnetik yang terlalu tinggi.

iPhone 15 guna kabel pengecasan universal
iPhone 15 baharu yang diperkenalkan, akan menggunakan kabel pengecasan universal, USB-C.

Pakistan minta Google, Apple keluarkan 120 aplikasi pinjaman haram
Pakistan meminta Google dan Apple supaya mengeluarkan 120 aplikasi pinjaman peribadi haram dari apps store masing-masing, menurut kenyataan rasmi pada Rabu.