awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple mulakan rakaman gambar jalan di Malaysia bermula hari ini

Amanz
Amanz
10/11/2023
03:40 MYT
Apple mulakan rakaman gambar jalan di Malaysia bermula hari ini
Apple menyatakan mereka akan mengumpulkan data pemetaan ini dalam sejumlah kaedah, termasuk menggunakan kenderaan yang bergerak di jalan raya untuk rakaman data. -Amanz
APPLE Maps mempunyai ciri melihat rakaman gambar panoramik 360-darjah, sekali gus memberikan pengalaman seumpama Google Street View, dinamakan sebagai Look Around.
Selepas terhad di beberapa negara, kini Apple mengumumkan akan memulakan rakaman di Malaysia untuk ciri berkenaan bermula hari ini.
Mengikut jadual yang dipaparkan oleh Apple, mereka akan memulakan rakaman bermula di Selangor, dan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat.
Keseluruhan rakaman di Malaysia dijangka akan tamat pada 25 Julai 2024 kelak, berakhir di Sarawak.
Hasil rakaman ini akan dihimpunkan untuk digunakan pada ciri Look Around yang dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna tempatan dengan sokongan peta Malaysia selepas segalanya dihimpunkan kelak.
Apple menyatakan mereka akan mengumpulkan data pemetaan ini dalam sejumlah kaedah, termasuk menggunakan kenderaan yang bergerak di jalan raya untuk rakaman data.
Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan kenderaan Apple Maps berlegar di jalan raya Malaysia, di samping pelbagai wakil Apple yang akan mengumpulkan data dalam menambah-baik sistem pemetaan Apple Maps. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#Look Around
#rakaman gambar jalan di Malaysia
#Google Street View
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan