Washington sedang berusaha untuk mengusulkan beberapa kontrak penjualan senjata bernilai berpuluh bilion dolar kepada Arab Saudi, menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Riyadh, bulan ini, sumber terdekat White House dipetik.

Arab Saudi adalah negara pertama dalam rangka lawatan Trump ke luar negara yang diadakan untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama AS dengan sekutu.

Menurut media antarabangsa, AS adalah pembekal senjata utama bagi memenuhi keperluan tentera Arab Saudi, termasuk pesawat tempur F-15 hingga ke sistem kawalan bernilai berbilion ringgit, sejak beberapa tahun lalu. Trump sebelum ini turut berikrar untuk merangsang ekonomi AS dengan meningkatkan pekerjaan dari industri pembuatan.

Difahamkan, kenderaan pertempuran yang dibuat oleh BAE Systems PLC (BAES.L), termasuk Fighting Vehicle Bradley dan kenderaan meriam M109, juga sedang dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada kontrak itu.

Jika perjanjian ini berjaya, ia akan menjadi jualan pertama kapal perang yang baharu kepada kuasa asing dalam beberapa dekad.

Washington dan Riyadh berhasrat untuk memperbaiki hubungan dua hala yang tegang ketika di bawah pentadbiran bekas Presiden Barack Obama yang menyokong perjanjian nuklear dengan musuh Arab Saudi, Iran.