RIYADH: Arab Saudi membenarkan sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa yang bergabung dengan kerajaan mengurangkan waktu pembelajaran.
Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengumumkan keputusan ini ketika menggariskan rangkaian peraturan baharu berkaitan sekolah, baru-baru ini.
CNN Indonesia melaporkan, di bawah peraturan baharu itu, Arab Saudi juga membenarkan pihak sekolah mengatur semula masa aktiviti pembelajaran.
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Arab Saudi menetapkan bahawa tempoh pembelajaran tidak boleh kurang daripada 35 minit di peringkat sekolah rendah dan 40 minit untuk sekolah menengah.
Manakala, masa bermula pembelajaran boleh ditentukan oleh pihak sekolah dan boleh dianjak 30 minit ke hadapan atau diundur satu jam daripada waktu biasa.
Keputusan ini diambil untuk menambah baik sektor pendidikan khususnya di sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa.
Seperti yang dilaporkan oleh Gauzi Gazette, jadual persekolahan ini juga akan dikeluarkan bersesuaian dengan program pelaksanaan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.
Waktu program juga akan disesuaikan dengan waktu kelas harian dan mingguan yang biasa digunakan di sekolah awam.
Sementara itu, sekolah yang berhasrat untuk melaksanakan dasar itu perlu memaklumkan kepada kementerian atau pejabat pendidikan antarabangsa terlebih dahulu.
Pengumuman mengenai pertukaran masa juga hendaklah dimaklumkan dua minggu sebelum permulaan semester atau pada masa pendaftaran pelajar pada awal tahun persekolahan baharu.
Faida Rahim
Fri Jan 27 2023

Sekolah yang berhasrat untuk melaksanakan dasar itu perlu memaklumkan kepada kementerian atau pejabat pendidikan antarabangsa terlebih dahulu. - Foto PIXABAY

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.

Anwar tiba di Arab Saudi untuk lawatan rasmi tiga hari
Pesawat khas membawa Perdana Menteri untuk lawatan tiga hari itu mendarat di Royal Pavillion, Lapangan Terbang King Abdulaziz pukul 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia).

PM Anwar lakukan lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi
Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi sulung beliau ke Arab Saudi selepas menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Lawatan PM ke Arab Saudi peluang tingkat kerjasama sedia ada, teroka kerjasama baharu - Duta
PM berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan tiga hari dan dijangka menghadap Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

F1: Red Bull dalam kelas tersendiri di GP Arab Saudi
Red Bull berada dalam kelas tersendiri apabila mengekalkan penguasaan saingan Formula Satu (F1) menerusi kemenangan satu dua di GP Arab Saudi.

Presiden Iran sambut baik undangan Raja Salman untuk berkunjung ke Arab Saudi
Undangan yang diutus Arab Saudi kepada Iran merupakan sebahagian daripada usaha pulihkan hubungan diplomatik antara kedua negara itu.

Pusingan kedua Formula 1 di Arab Saudi minggu ini
Pusingan kedua Formula 1 musim 2023 akan diadakan di Arab Saudi pada Ahad.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mac 2023.

Banyak pihak sambut baik pemulihan hubungan diplomatik Arab Saudi dan Iran
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata pemulihan hubungan kedua-dua negara berjiran itu akan mewujudkan kestabilan di Teluk.

Putera Mahkota Saudi lancar syarikat penerbangan baharu Riyadh Air
Ia dijangka menyumbang AS$20 bilion kepada keluaran dalam negara kasar KDNK dan mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan.