KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN telah mengemukakan cadangan kepada Arab Saudi untuk membina penempatan kekal bagi jemaah haji di Mina. 


Ringkasan AI
  • Cadangan Penempatan Kekal: Negara-negara ASEAN mencadangkan kepada Arab Saudi untuk membina penempatan kekal bagi jemaah haji di Mina demi keselesaan jemaah dari Asia Tenggara. Keselesaan Jemaah Haji: Cadangan ini bertujuan untuk mengatasi masalah mendirikan dan menyimpan khemah setiap musim haji, dengan penempatan kekal yang diuruskan oleh kerajaan Arab Saudi. Jumlah Jemaah Haji ASEAN: Pada musim haji 2024, hampir 300,000 jemaah haji dari negara-negara ASEAN, termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Myanmar, Brunei, dan Singapura, memenuhi tanah suci Mekah.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan berkenaan dibuat secara kolektif bagi keselesaan jemaah haji dari Asia Tenggara.

"Kita tahu ada satu kawasan yang didedikasikan kepada jemaah haji dari Asia Tenggara. Malaysia dan Indonesia terkait sebagai negara yang secara relatifnya mempunyai jumlah jemaah haji tinggi. 

"Tentunya negara-negara seperti Thailand, Kemboja, Brunei, Singapura dan Filipina amat memerlukan penempatan yang kekal. Ini kerana setiap musim haji khemah perlu didirikan dan disimpan semula. 

"Oleh itu, Indonesia (bersama negara-negara ASEAN) mencadangkan agar ada satu kawasan tanah yang boleh dibangunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.


Negara-negara ASEAN kemuka cadangan bina penempatan kekal jemaah haji di Mina - Zahid

Tambahnya, pembangunan penempatan tetap bagi jemaah haji itu tidak bermakna negara-negara terlibat akan mengambil alih atau memiliki tanah berkenaan.

Sebaliknya, cadangan negara-negara ASEAN adalah satu projek pembangunan yang akhirnya dikendalikan dan diuruskan oleh kerajaan Arab Saudi.

Semasa musim haji pada tahun 2024, dilaporkan hampir dua juta jemaah haji memenuhi tanah suci Mekah dengan hampir 300,000 daripadanya adalah jemaah dari negara-negara ASEAN (Indonesia, 241,6000 orang; Malaysia, 31,600; Thailand, 13,000; Filipina 8,000; Myanmar, 2,173; Brunei 1,000; dan Singapura, 900 orang)


Agenda AWANI: Cerita perang dagang, kerjasama halal dan TVET