Skip to main content

Dunia

Arab Saudi keluarkan amaran kecemasan di tujuh kawasan susulan ancaman tidak dinyatakan

Pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi mengeluarkan amaran kecemasan di tujuh kawasan, memberi peringatan kepada penduduk mengenai ancaman yang tidak dinyatakan serta menggesa mereka mematuhi arahan yang disampaikan menerusi platform amaran awal kebangsaan. - Gambar AP
Pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi mengeluarkan amaran kecemasan di tujuh kawasan, memberi peringatan kepada penduduk mengenai ancaman yang tidak dinyatakan serta menggesa mereka mematuhi arahan yang disampaikan menerusi platform amaran awal kebangsaan. - Gambar AP
Advertisement

ISTANBUL: Pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi pada Jumaat mengeluarkan amaran kecemasan di tujuh kawasan, memberi peringatan kepada penduduk mengenai ancaman yang tidak dinyatakan serta menggesa mereka mematuhi arahan yang disampaikan menerusi platform amaran awal kebangsaan.

Menurut Anadolu Ajansi yang memetik hantaran berasingan pertahanan awam di X, amaran itu dikeluarkan di Jeddah, Taif, Yanbu, AlUla, Khamis Mushait, Jazan dan Abha.

Pihak berkuasa tidak memperincikan bentuk ancaman yang mencetuskan amaran berkenaan, selain tidak melaporkan sebarang kematian atau kerosakan.

Advertisement

Pihak berkuasa pertahanan awam kemudian memaklumkan bahawa ancaman itu telah berakhir di kesemua lima wilayah berkenaan.

Amaran itu dikeluarkan sehari selepas pihak berkuasa Saudi mendakwa seorang terbunuh manakala dua lagi cedera akibat serpihan sebuah dron Houthi yang dipintas di ruang udara wilayah Taif di bahagian barat negara itu.

Advertisement

Pihak berkuasa Saudi turut mengeluarkan amaran serupa sejak beberapa hari kebelakangan ini di beberapa kawasan termasuk Abha dan Khamis Mushait, sebelum kemudiannya mengumumkan bahawa ancaman telah berakhir.

Pada 20 Julai, kumpulan Houthi Yaman mengumumkan apa yang disifatkannya sebagai “sekatan maritim” ke atas Arab Saudi sebelum kemudiannya mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap kapal serta lokasi milik Saudi.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement