awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi kenakan tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan permit haji

Bernama
Bernama
01/05/2025
06:21 MYT
Arab Saudi kenakan tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan permit haji
Jurucakap kementerian, Kolonel Talal bin Shalhoub (gambar) berkata sesiapa yang didapati melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda sehingga 20,000 riyal Saudi. - Foto Saudi Press Agency
JEDDAH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan bahawa tindakan penguatkuasaan kini dilaksanakan terhadap individu yang melaksanakan ibadah haji, memasuki atau menetap di Mekah dan kawasan Tanah Suci tanpa permit yang sah.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menunaikan haji, memasuki atau menetap di Mekah tanpa permit sah, dengan denda sehingga SAR20,000.
  • Mereka yang memohon visa bagi pihak lain, menyediakan pengangkutan atau tempat tinggal secara haram boleh didenda sehingga SAR100,000.
  • Kerajaan memberi peringatan tentang penipuan berkaitan penginapan, pengangkutan, haiwan korban serta gelang haji tiruan.

Jurucakap kementerian, Kolonel Talal bin Shalhoub berkata sesiapa yang didapati melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda sehingga 20,000 riyal Saudi (SAR).
"Individu yang membantu pelanggaran ini, termasuk memohon visa bagi pihak lain, menyediakan pengangkutan, penempatan, menyembunyikan atau memberikan sebarang bentuk bantuan, boleh dikenakan denda sehingga SAR100,000," katanya semasa sesi Persidangan Komunikasi Digital.
Beliau menegaskan bahawa denda dikenakan bagi setiap pelanggaran individu.
Pelawat yang tinggal melebihi tempoh sah serta cuba menunaikan haji tanpa permit akan dihantar pulang serta diharamkan daripada memasuki negara itu selama 10 tahun.
Kolonel Talal turut memberi amaran mengenai penipuan berkaitan perkhidmatan haji seperti penginapan palsu, pengangkutan, penyediaan haiwan korban dan penggunaan gelang haji tiruan.
Beliau turut memaklumkan mengenai pelaksanaan inisiatif "Makkah Route" di bawah Program Pengalaman Haji, sebahagian daripada Wawasan Saudi 2030.
Inisiatif itu kini beroperasi di 11 lapangan terbang di tujuh negara, dan sejak pelancarannya pada 1438 Hijrah (2017), ia memberi kemudahan kepada 940,657 jemaah haji.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#tindakan tegas
#ibadah haji
#tanpa permit
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami