Sebagai memperkasakan lagi golongan wanita dan golongan muda, dua masjid yang berada di Tanah Suci akan distruktur semula bagi menyediakan perkhidmatan dan ruangan yang lebih baik kepada kedua-dua belah pihak.

Ketua Pengarah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya sedang merancang perubahan pentadbiran "bersejarah" bertujuan untuk memberi hak sama rata kepada semua golongan.

“Rombakan ini sebagai memberi martabat yang tinggi kepada golongan muda dan memotivasikan inovasi dalam menunaikan ibadah untuk kedua-dua belah pihak.

“Menerapkan kriteria tadbir urus, kualiti dan ketelusan dalam sistem pentadbiran dan kerja lapangan akan diberi keutamaan dalam penstrukturan bersejarah yang akan menjadi yang terbesar dalam sejarah dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

"Kami menyasarkan melalui penstrukturan semula ini untuk menyatukan budaya inovasi dan kreativiti, dan mencipta petunjuk yang berkesan untuk meningkatkan pembuatan keputusan," katanya.

Menurutnya, pemerkasaan wanita dan belia adalah matlamat utama rombakan yang dirancang.

Jelas Sudais, kerajaan telah menubuhkan sekutu pembangunan wanita sebagai sebahagian daripada meningkatkan penglibatan wanita Saudi dalam melayani jemaah haji dan jemaah di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi Muhammad di Madinah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Arab Saudi telah mengorak langkah besar dalam memperkasakan wanita sebagai sebahagian daripada perubahan besar-besaran di kerajaan itu.