Arab Saudi mengakhiri hubungan diplomatik dengan Iran berikutan serangan ke atas kedutaannya di Tehran berkenaan bantahan hukuman terhadap ulama Syiah terkenal Arab Saudi, Sheikh Nimr al-Nimr.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir, selepas penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi di Tehran.

Al-Jubeir berkata, semua diplomat Iran harus meninggalkan Arab Saudi dalam masa 48 jam.

Pada masa yang sama, kementerian itu juga mengumumkan bahawa petugas misi diplomatiknya telahpun meninggalkan Tehran untuk kembali ke tanah air. Laporan terkini pula menyatakan bahawa pesawat yang membawa mereka telah selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Dubai.

Tegas Al-Jubeir, Arab Saudi tidak akan membiarkan Iran mengganggu gugat keselamatan dengan menuduh Arab Saudi sebagai pengedar senjata dan pembekal pengganas di rantau berkenaan.

Dalam pada itu, penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Arab Saudi di Tehran terus bertindak liar dengan membekar bendera Israel dan Amerika Syarikat sebagai rasa tidak puas hati.

Pada Sabtu, Al-Nimr bersama 46 individu lain dijatuhkan hukuman pancung selepas didapati bersalah melakukan keganasan.

Hukuman berkenaan segera mendapat kritikan dan kecaman pelbagai pihak khususnya badan hak asasi manusia.