awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi rancang benarkan 120,000 jemaah tunai umrah

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2021
23:58 MYT
Arab Saudi rancang benarkan 120,000 jemaah tunai umrah
Arab Saudi memberi kebenaran kepada 60,000 penduduk negara itu yang divaksin mengerjakan haji pada musim 2021. - Gambar fail
KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga mencecah 120,000 orang sehari, berbanding 60,000 orang ketika ini.
Setiausaha Kementerian, Abdulaziz Wazan dalam satu wawancara di televisyen pada Jumaat berkata, terdapat langkah segera untuk meningkatkan kapasiti umrah harian kepada 90,000 jemaah sebelum dinaikkan menjadi 120,000 jemaah.
Beliau turut memberi jaminan, ia akan dilakukan menerusi kerjasama dengan pihak yang berkeupayaan.
Memetik laporan Saudi Gazette, Al Wazan menjangkakan negara itu bakal menerima ramai jemaah umrah tahun ini.
Beliau berkata, kebenaran umrah dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi meliputi solat di Masjidil Haram di Mekah, mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah dan bersolat di Al Rawda Al Sharifa.
Dalam hal ini katanya, syarikat Arab Saudi yang menawarkan perkhidmatan kepada jemaah umrah bersiap sedia memberikan kualiti perkhidmatan terbaik.
Arab Saudi mula menerima permohonan umrah dari luar negara untuk jemaah yang divaksin pada 9 Ogos lalu.
Pada masa sama, Direktorat Jeneral Pasport Arab Saudi (Jawazat) juga telah selesai melakukan persiapan termasuk aspek teknikal, bagi menerima dan menyediakan perkhidmatan diperlukan jemaah umrah dari luar negara, terutamanya semasa pandemik dan jangkitan COVID-19 masih lagi menjadi kebimbangan.
"Syarikat Arab Saudi yang berkait jemaah Umrah sudah sedia memberikan perkhidmatan paling berkualiti tinggi," kata Al Wazan.
Arab Saudi memberi kebenaran kepada 60,000 penduduk negara itu yang divaksin mengerjakan haji pada musim 2021.
Kebenaran itu terpakai kepada warganegara dan penduduk negara lain yang berada di Arab Saudi berusia antara 18 dan 65 tahun dan bebas daripada penyakit kronik.
Topic Berkaitan
#Haji
#COVID-19
#haram
#Arab Saudi
#jangkitan
#Mekah
#Madinah
#pandemik
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan