awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar

Bernama
Bernama
06/02/2026
16:30 MYT
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Anwar (tiga, kiri) hadir menyaksikan Tayangan Perdana filem Taj Mahal di IOI City Mall, Putrajaya hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji filem epik sejarah Taj Mahal: An Eternal Love Story selepas menonton filem yang mengangkat cinta agung antara Maharaja Mughal Shah Jahan dengan Mumtaz Mahal itu, di sini malam ini.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim memuji filem Taj Mahal: An Eternal Love Story selepas menontonnya, mengangkat cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal.
  • Filem epik itu dihidupkan semula melalui restorasi digital 4K dan dibawakan dengan adunan bunyi Dolby Atmos, Malaysia menjadi destinasi pertama jelajah antarabangsa sebelum ke negara lain.
  • Anwar akan menyambut kedatangan PM India, Narendra Modi di KLIA esok, kunjungan balas selepas Anwar ke India pada Ogos 2024, dengan matlamat memperkukuh hubungan Malaysia-India serta kerjasama ekonomi yang kukuh.

Anwar berkata sahabat lamanyanya Akbar Khan, yang juga penulis, penerbit dan pengarah filem berkenaan, berjaya menghasilkan sebuah karya yang hebat.
"Hasil karya yang hebat," kata Perdana Menteri ringkas selepas menghadiri pratonton khas filem itu di pawagam GSC, IOI City Mall.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Gerald Hans Isaac.
Selama 22 tahun selepas tayangan asalnya di India, karya sinematik pemenang anugerah itu dihidupkan semula melalui proses restorasi digital 4K yang menyeluruh, disertai adunan semula bunyi Dolby Atmos.
Malaysia ialah destinasi pertama jelajah antarabangsa filem itu sebelum diteruskan ke Indonesia pada 13 Feb dan destinasi lain termasuk Rusia, Asia Selatan dan Asia Barat.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata beliau sendiri akan menyambut ketibaan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang esok.
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula esok merupakan kunjungan balas kepada lawatan Anwar ke India pada Ogos 2024.
Lawatan itu dijangka memperkukuh hubungan Malaysia-India serta memupuk kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama, berteraskan asas persahabatan yang kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957 dan peningkatan hubungan dua hala yang dinaik taraf ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif pada Ogos 2024.
Pada 2025, jumlah perdagangan antara Malaysia dengan India mencapai RM79.49 bilion (US$18.59 bilion). Jumlah eksport Malaysia ke India ialah RM52.3 bilion (US$12.24 bilion), manakala import mencatat RM27.19 bilion (US$6.35 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#MCMC
#lawatan rasmi
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan