awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
06/02/2026
16:30 MYT
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Maahad Tahfiz AlMashrafe diasaskan oleh Datuk Dr Mohammad Idris AlMashrafe pada 2024 bagi melahirkan ulama dan huffaz berwibawa yang menguasai al-Quran serta ilmu-ilmu teras Islam. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memperluaskan pendidikan al-Quran dan tahfiz dalam kalangan pelajar sekolah rendah tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Kerajaan bercadang memperluaskan pendidikan al-Quran dan tahfiz dalam kalangan pelajar sekolah rendah tahun depan.
  • Cadangan tersebut melibatkan penyelarasan kurikulum antara Tabika dan Tadika KEMAS dengan sekolah rendah untuk memastikan kesinambungan pembelajaran.
  • Usaha ini bertujuan memperkukuh pendidikan Islam dalam kalangan generasi muda tanpa tujuan politik.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata bagi tujuan itu beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada minggu lepas.
Beliau berkata perbincangan itu penting kerana cadangan berkenaan memerlukan penyelarasan kurikulum bagi memastikan pembelajaran pratahfiz yang dilaksanakan di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dapat diteruskan daripada tahun satu hingga tahun enam.
"Kita mahu pembelajaran (semasa) pratahfiz di tabika atau Tabika KEMAS dapat diteruskan ke sekolah rendah untuk mengelakkan kerugian pembelajaran," katanya ketika berucap merasmikan Maahad Tahfiz AlMashrafe di Batu Caves di sini malam ini.
Ahmad Zahid ketika ditemui berkata pihaknya turut mencadangkan agar pelajar Islam diberikan kelas tambahan bagi memastikan mata pelajaran penghafazan al-Quran diteruskan di sekolah rendah sebagai kesinambungan pembelajaran yang diperoleh di Tabika dan Tadika KEMAS.
Beliau ketika ditanya sama ada pelaksanaan inisiatif itu melibatkan penambahan guru agama berkata tenaga pengajar sedia ada di Tabika dan Tadika KEMAS mencukupi manakala pelaksanaannya di sekolah kebangsaan bergantung kepada pertimbangan Kementerian Pendidikan.
Menurut Ahmad Zahid, usaha memperluas pendidikan tahfiz itu adalah sebahagian tanggungjawab dan ikhtiar untuk memperkukuh pendidikan Islam dalam kalangan generasi muda dan tidak mempunyai sebarang tujuan politik.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata persetujuan juga dicapai bersama Fadhlina untuk menyelaraskan peranan Tabika dan Tadika KEMAS sebagai feeder school kepada sekolah kebangsaan dengan penekanan kepada penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Maahad Tahfiz AlMashrafe diasaskan oleh Datuk Dr Mohammad Idris AlMashrafe pada 2024 bagi melahirkan ulama dan huffaz berwibawa yang menguasai al-Quran serta ilmu-ilmu teras Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#Kementerian Pendidikan
#generasi muda
#Tabika Kemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan