RIYADH: Arab Saudi pada Ahad mengumumkan bahawa rakyat di lapan negara lagi layak memperoleh e-visa (visa elektronik) pelawat, Xinhua memetik laporan Agensi Akhbar Saudi.
E-visa akan tersedia kepada pelawat dari Albania, Azerbaijan, Georgia, Kyrgyzstan, Maldives, Afrika Selatan, Tajikistan dan Uzbekistan untuk tujuan percutian, perniagaan dan keagamaan (Umrah sahaja), menjadikan jumlah negara yang layak mendapat kemudahan itu kepada 57.
E-visa pelawat ini sah selama satu tahun, membolehkan beberapa kali kemasukan, dan membenarkan penginapan sehingga 90 hari.
Selepas melancarkan program e-visa pada 2019, Arab Saudi mengalu-alukan 93.5 juta pelancong pada 2022, peningkatan sebanyak 93 peratus berbanding 2021, menjana pendapatan pelancongan sebanyak 185 bilion Riyal Saudi (AS$49 bilion).
Pada 2022, Arab Saudi memutuskan untuk menawarkan e-visa pelawat kepada pemegang visa Schengen, British dan AS yang sebelum ini digunakan untuk memasuki negara-negara ini sebelum tiba di Arab Saudi dan kepada penduduk tetap Kesatuan Eropah, negara-negara Arab Teluk Parsi, Britain dan Amerika Syarikat.
Awal tahun ini, Arab Saudi mengumumkan pelancaran Visa Transit 96 jam percuma, membolehkan penumpang berada di negara itu sehingga 96 jam. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
E-visa pelawat ini sah selama satu tahun, membolehkan beberapa kali kemasukan, dan membenarkan penginapan sehingga 90 hari. - Foto fail
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Arab Saudi peluas perkhidmatan e-visa kepada semua negara
Arab Saudi pada Isnin mengumumkan individu dari seluruh dunia kini boleh memohon e-visa "pelabur pelawat" secara dalam talian.
Arab Saudi tawar e-visa kepada 8 negara lagi
Arab Saudi pada Ahad mengumumkan bahawa rakyat di lapan negara lagi layak memperoleh e-visa pelawat.
Pemegang visa pelancong boleh tunai umrah tetapi bukan di musim haji
Pemegang visa pelancongan tidak membolehkan pemegangnya menunaikan haji atau umrah ketika musim haji.
Kerajaan India buka semula perkhidmatan visa e-pelancong
Warga asing bukan sahaja dibenarkan membuat permohonan baharu malah eVisa lima tahun yang masih sah juga boleh digunakan semula.
Agensi umrah dinasihat sedia terima pelaksanaan e-visa Arab Saudi
Langkah itu dilihat tidak akan merugikan agensi pelancongan terbabit berikutan umat Islam di negara ini hanya perlu membayar RM573 (bayaran visa umrah dan muassasah), setahun.
E-visa untuk melancong ke Arab Saudi - Mohamaddin
Kerajaan Arab Saudi kini menawarkan e-visa (elektronik visa) bagi tempoh setahun untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara itu bermula bulan ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,
e-Papuh bantu banteras penipuan pakej umrah
Persatuan Agensi Pelacongan Umrah dan Haji (Papuh) mengambil inisiatif membangunkan aplikasi e-papuh sebagai satu mekanisme membanteras penipuan jualan pakej umrah.
E-Visa: Imigresen tetap jalankan tapisan kemasukan pelancong
Dari Januari sehingga November tahun ini, seramai 63,000 pelancong tidak dibenarkan masuk ke negara ini atas pelbagai faktor.
Pelancaran e-visa mampu tarik satu juta pelancong India
E-visa itu boleh dikeluarkan dalam tempoh 48 jam dan membolehkan pelancong tinggal di Malaysia sehingga dua minggu.