awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025

Bernama
Bernama
02/02/2026
12:00 MYT
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Arab Saudi menerima seramai 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari luar negara pada tahun 2025, dengan mencatatkan kadar kepuasan melebihi 90 peratus bagi perkhidmatan yang disediakan. - Gambar fail/REUTERS
JEDDAH: Arab Saudi menerima seramai 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari luar negara pada tahun 2025, dengan mencatatkan kadar kepuasan melebihi 90 peratus bagi perkhidmatan yang disediakan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Ringkasan AI
  • Arab Saudi menerima 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari luar negara pada tahun 2025, dengan kadar kepuasan melebihi 90 peratus bagi perkhidmatan yang disediakan.
  • Program Pengalaman Jemaah, sebahagian daripada Wawasan Saudi 2030, mencatatkan kadar kepuasan 91 peratus dalam kalangan jemaah haji dan 94 peratus dalam kalangan jemaah umrah.
  • Kerajaan Arab Saudi menetapkan perkhidmatan jemaah haji dan umrah sebagai keutamaan utama, dengan kesediaan meningkat dari tahun ke tahun di bawah kepimpinan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Memetik Pusat Pengukuran Prestasi Entiti Awam Kebangsaan (Adaa), angka rekod itu mencerminkan pembangunan pesat perkhidmatan Kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji dan umrah selaras dengan sasaran Wawasan Saudi 2030.
Program Pengalaman Jemaah - satu daripada program bagi merealisasikan Wawasan Saudi 2030 - menyatakan bahawa penambahbaikan itu merangkumi kedua-dua musim haji dan umrah.
Program itu turut melaporkan kadar kepuasan sebanyak 91 peratus dalam kalangan jemaah haji dan 94 peratus dalam kalangan jemaah umrah, sekali gus menggambarkan kualiti perancangan dan operasi serta usaha penyelarasan lebih 60 entiti yang bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan bersepadu.
Selain itu, program terbabit menyatakan bahawa pencapaian berkenaan merupakan kesinambungan kepada penghormatan bersejarah Kerajaan Arab Saudi dalam memberi berkhidmat kepada Dua Masjid Suci dan para pengunjungnya, di bawah sokongan serta bimbingan langsung Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Kepimpinan negara itu meletakkan perkhidmatan jemaah haji dan umrah sebagai keutamaan tertinggi serta mendedikasikan segala sumber bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memperkukuh kesediaan sistem berkenaan dari tahun ke tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#ketibaan jemaah
#haji dan umrah
#Wawasan Saudi 2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan