PARIS: Bekas Presiden Suruhanjaya Eropah, Jacques Delors - yang digambarkan sebagai arkitek Kesatuan Eropah (EU) moden meninggal dunia pada usia 98 tahun, kata anak perempuannya.
Mendiang Delors ketika hayatnya membantu mewujudkan pasaran tunggal yang membolehkan pergerakan bebas orang, barangan dan perkhidmatan dalam blok itu.
Berkhidmat dari 1985 hingga 1995, Delors juga meletakkan asas untuk mata wang tunggal Eropah, euro.
Bagaimanapun, bagi mereka yang ragu-ragu terhadap integrasi, terutamanya di United Kingdom (UK), Delors dilihat sebagai simbol campur tangan Brussels.
Anak perempuan Delors, Martine Aubry berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir dalam tidur pada pagi Rabu di kediamannya di sini.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron memuji Delors, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Perancis dari 1981-84, sebagai "negarawan Perancis" dan "seorang yan g bijaksana dan tekun bekerja untuk Eropah."
"Komitmen dan cita-citanya akan sentiasa memberi inspirasi kepada kami. Saya kagum dengan kerja dan ingatannya," kata Macron.
Mendiang Delors berkhidmat selama tiga penggal sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah, lebih lama daripada orang lain.
Ursula von der Leyen, yang kini memegang jawatan itu berkata, Delors adalah "seorang yang berwawasan yang menjadikan Eropah lebih kuat".
Presiden Majlis Eropah, Charles Michel pula menyifatkan mendiang Delors sebagai "orang Perancis yang hebat dan Eropah yang hebat" yang telah "memasuki sejarah sebagai salah seorang pengasas Eropah kita".
Sebaik meninggalkan jawatannya pada tahun 1995, Delors enggan bertanding untuk jawatan Presiden Perancis, walaupun mendahului besar dalam pemilihan.
Mendiang tetap setia kepada cita-cita yang menyokong sistem federalisme.
Baru-baru ini, beliau memberi amaran tentang bahaya populisme di Eropah. - Agensi
Agensi
Wed Dec 27 2023
Bekas Presiden Suruhanjaya Eropah, Jacques Delors - yang digambarkan sebagai arkitek Kesatuan Eropah (EU) moden meninggal dunia pada usia 98 tahun. - Gambar fail REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Arkitek EU moden, Jacques Delors meninggal dunia
Jacques Delor hembus nafas terakhir pada usia 98 tahun dalam tidur.