AMERIKA Syarikat dan 13 negara lain bimbang dengan penangguhan laporan asal-usul COVID-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ketiadaan akses bagi data lengkap.

Ini susulan pendedahan Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengenai tindakan China merahsiakan data daripada pasukan penyiasat badan dunia itu.

Kenyataan bersama ini ditandatangani Australia, Kanada, Republik Czech, Denmark, Estonia, Israel, Jepun, Latvia, Lithuania, Norway, Korea Selatan, Slovenia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Ia diterbitkan laman web Jabatan Negara Amerika, kesemua negara.

Kesemua negara tegaskan wujud kepentingan menyuarakan keprihatinan bahawa kajian-kajian pakar antarabangsa mengenai asal-usul COVID-19 tertangguh dengan ketara.

China didakwa enggan memberikan data asal mengenai kes awal COVID-19 kepada pasukan penyiasat WHO, menyebabkan kesukaran dalam usaha memahami bagaimana pandemik global bermula.

Pernyataan bersama negara-negara itu menyokong kajian lebih lanjut mengenai haiwan untuk mengetahui bagaimana virus itu tersebar kepada manusia.

Dalam masa sama, ia menuntut komitmen baru dari WHOdan negara-negara anggota untuk mengakses, ketelusan dan ketepatan masa.