SHANGHAI: Kajian bersama China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai asal usul COVID-19 tidak memberikan jawapan yang boleh dipercayai mengenai bagaimana virus itu bermula.
Sekumpulan saintis dan penyelidik antarabangsa dalam kenyataan bersama berkata, siasatan yang lebih baik diperlukan secara bersama atau tanpa penglibatan Beijing.
Kajian bersama China-WHO yang dikeluarkan minggu lalu, menyatakan jejak penularan COVID-19 melibatkan kelawar dan hidupan liar lain di China dan Asia Tenggara.
Dapatan itu juga menolak kemungkinan ia bocor daripada makmal.
Dalam surat terbuka, 24 saintis dan penyelidik dari Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun mengatakan kajian itu dicemari oleh kepentingan politik.
Jurucakap kenyataan itu berkata, masalah kajian China-WHO itu adalah keperluan berkompromi untuk mendapatkan sedikit kerjasama dari China.
Surat itu mengatakan kesimpulan kajian itu dibuat berdasarkan kajian China yang belum diterbitkan, sementara catatan kritikal dan sampel biologi "tetap tidak dapat diakses".
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanon Ghebreyesus minggu lalu berkata, China bertindak menahan data daripada didedahkan.
Kenyataan para saintis itu menambah dunia mungkin harus kembali ke Pelan B dan melakukan penyelidikan dengan cara paling sistematik tanpa keterlibatan China.
China juga digesa mendedahkan maklumat yang akan membenarkan hipotesis kebocoran makmal disangkal.
Astro Awani
Thu Apr 08 2021

Masalah kajian China-WHO itu adalah keperluan berkompromi untuk mendapatkan sedikit kerjasama dari China. - Foto REUTERS

Ratu Elizabeth kongsi foto peribadi bersama mendiang Putera Philip
Foto yang tidak pernah dikongsikan itu memaparkan Ratu Elizabeth dan Putera Philip meluangkan masa bersama.

Orang Kedah jangan ada hati rentas negeri untuk berbuka, bersahur di kampung halaman
Kawalan di tiga laluan utama keluar masuk Kedah iaitu iaitu Plaza Tol Sungai Petani Selatan dan Utara serta Jambatan Merdeka ditingkatkan.

Bazar Ramadan | Kaedah terbaik pastikan pematuhan SOP COVID-19
Beberapa negeri seperti Kelantan mengambil keputusan untuk tidak membenarkan penganjuran bazar Ramadan. Selepas melihat kepada kes COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, banyak pihak mempersoal mengenai pematuhan kepada SOP di bazar Ramadan. Ini kerana sekiranya pematuhan SOP tidak dapat dilaksanakan dengan baik, risiko jangkitan itu dan bagaimana kita nak pastiakan pematuhan SOP dapat dipatuhi di bazar Ramadan. Untuk itu kita bersama Mohamed Zamri Mohammed, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM).

COVID-19 | 40 petugas kesihatan dijangkiti selepas divaksin
Seramai empat puluh petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 setelah melengkapkan dua dos vaksinasi mereka. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19. Manakala sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Penjual durian dakwa rugi RM178,132 akibat pelaburan tidak wujud
Seorang peniaga durian di Raub mendakwa kerugian RM178,132 setelah menyertai pelaburan tidak wujud yang diperkenalkan rakan media sosial yang baru dikenalinya bulan lalu.

Wanita lebih cepat membakar lemak ketika bersenam
Wanita yang cergas dan sihat cenderung membakar lebih banyak lemak ketika mereka bersenam daripada lelaki, menurut satu kajian.
![[TERKINI] 40 petugas kesihatan dijangkiti selepas divaksin [TERKINI] 40 petugas kesihatan dijangkiti selepas divaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900236/7697251201618630385058_640x360.jpg)
[TERKINI] 40 petugas kesihatan dijangkiti selepas divaksin
Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19. #AWANInews #AWANIterkini

Kemenangan saat akhir, tuah menyebelahi TFC - Nafuzi
Tuah dianggap berpihak kepada TFC apabila pasukan itu memperoleh kemenangan 1-0 ke atas KL City FC dalam aksi Liga Super 2021 malam tadi.

Bazar Ramadan: Gagal patuhi SOP, Bazar Tok Adis diarah tutup sementara
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan Bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup sementara selama 14 hari sehingga 30 April.

Zamani oh Zamani ... harap tabah hadapi derita penyakit autoimun
Keadaan ini dipercayai menyukarkan pergerakannya sehingga dia kelihatan agak terbongkok-bongkok apabila berjalan.

Bazar Ramadan: Gagal patuhi SOP, Bazar Tok Adis diarah tutup sementara
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan Bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup sementara selama 14 hari sehingga 30 April.

Masa 'musuh' utama Che Adam tawan tujuh puncak gunung
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berjaya menakluki tujuh puncak gunung di Semenanjung Malaysia dalam tempoh seminggu.

40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dua dos vaksin - KP Kesihatan
Ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVID-19 dengan kebarangkalian simptom yang tidak teruk.

MAHB catat penyusutan trafik penumpang 76.8 peratus
Rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan penurunan sebanyak 76.8 peratus dengan 5.9 juta trafik penumpang bagi suku pertama 2021 disebabkan PKP.

COVID-19: Itali umum kurangkan sekatan akhir bulan
Itali umum akan mula mengurangkan sekatan ketat COVID-19 pada hujung bulan ini.

Raul Castro umum undur diri sebagai Ketua Parti Komunis Cuba
Pengunduran ini bermakna buat pertama kalinya dalam enam dekad, Cuba tidak lagi dipimpin keluarga Castro sejak revolusi 1959.

COVID-19: Kes global lebih 139 juta, korban hampir 3 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.55 juta kes.

Vaksin COVID-19: Australia catat kematian pertama akibat kes pembekuan darah
Pihak kawal selia vaksin negara itu percaya kematian wanita berusia 48 tahun itu akan kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca.

Kerajaan negeri, pihak berkuasa keselamatan pantau SOP bazar Ramadan
Kerajaan negeri akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan askar.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.