awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN akan adakan mesyuarat tergempar pada hari ini

Bernama
Bernama
14/10/2021
20:58 MYT
ASEAN akan adakan mesyuarat tergempar pada hari ini
Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata mesyuarat tergempar dari 6 petang hingga 8 malam (waktu Thailand) itu tidak mempunyai "agenda khusus". - Foto fail/REUTERS
BANGKOK: Menteri-menteri luar negeri ASEAN akan mengadakan mesyuarat tergempar secara maya pada Jumaat, kemungkinan besar membincangkan isu berkaitan Myanmar, antara lain termasuk mengenai penyertaan Jeneral Min Aung Hlaing pada sidang kemuncak ASEAN yang akan diadakan dari 26 hingga 28 Okt.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata mesyuarat tergempar dari 6 petang hingga 8 malam (waktu Thailand) itu tidak mempunyai "agenda khusus".
"Ini mungkin kesempatan untuk berbincang mengenai isu tertangguh dan persiapan sidang kemuncak termasuk pelaksanaan konsensus lima perkara yang disepakati ASEAN," katanya.
Menurut laporan Kyodo News yang memetik sumber, Singapura, Indonesia dan Malaysia mengusulkan agar Min Aung Hlaing yang memimpin rampasan kuasa pada 1 Feb dengan menggulingkan kerajaan awam Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi, tidak dibenarkan menyertai sidang kemuncak itu.
Menurut laporan berita itu, bagaimanapun, menteri luar Myanmar yang dilantik tentera atau pegawai kanan boleh menyertainya.
Tatkala masyarakat antarabangsa terus mendesak junta tentera untuk mematuhi konsensus lima perkara, Myanmar pada Rabu menyatakan pihaknya tidak menghalang Duta Khas ASEAN ke Myanmar untuk melawat negara itu tetapi tidak akan membenarkan beliau bertemu Suu Kyi.
Minggu lepas, Duta Khas ASEAN ke Myanmar, Erywan Mohd Yusof mengesahkan beberapa anggota telah berbincang mengenai usul tidak mengundang pemimpin tentera berkenaan.
Sejak rampasan kuasa, Myanmar dicengkam rusuhan yang menyaksikan hampir 1,000 orang awam terbunuh akibat kekerasan oleh anggota pasukan keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Myanmar
#Menteri Luar ASEAN
#Mesyuarat tergempar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan