KUALA LUMPUR: Tinjauan Pembangunan ASEAN (ADO) mendapati Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semua negara ASEAN pada 2019 bernilai AS$3.2 trilion, menjadikan ASEAN ekonomi kelima terbesar di dunia.
Malah, situasi terkini menyaksikan ASEAN berada di landasan terbaik untuk menjadi ekonomi keempat terbesar menjelang 2030.
Antara faktor penyumbang adalah jumlah penduduk kira-kira 700 juta orang dengan 61 peratus daripadanya di bawah umur 35 tahun - majoritinya golongan muda yang menerima dan mengaplikasi teknologi digital dalam aktiviti harian mereka.
Selain itu, berdasarkan respons terhadap wabak yang diuruskan dengan pelbagai strategi, beberapa perkembangan positif dijangka dicapai di rantau tersebut.
Kerjasama dalam pelbagai aspek adalah kritikal untuk pembangunan ASEAN memandangkan penumpuan pelaburan langsung asing (FDI) di ASEAN berhubung kait dengan aktiviti rantaian nilai global.
Faktor lain yang memainkan peranan penting dalam pemulihan dan pembangunan ekonomi di rantau tersebut ialah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Perjanjian itu meliputi 30 peratus daripada KDNK global dan 30 peratus daripada populasi dunia selain menyumbang lebih satu perempat daripada perdagangan global dalam barangan dan perkhidmatan.
Melalui perjanjian itu, ASEAN akan memastikan pasaran terbuka sambil mengukuhkan integrasi ekonomi serantau ke arah pemulihan inklusif pasca pandemik.
Memandangkan 40 peratus daripada pelaburan di ASEAN datang daripada ahli RCEP, wujud peluang untuk meningkatkan FDI yang lebih mampan di rantau berkenaan.
Dalam pada itu, penerimaan teknologi 4IR juga dijangka mewujudkan suasana baharu di mana rantau tersebut namun dalam masa sama, ia turut memberi tumpuan kepada teknologi hijau.
Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada kesejahteraan generasi masa depan ASEAN tetapi juga baik untuk ASEAN dari segi ekonomi dan meningkatkan daya saing dalam menarik FDI dari aspek teknologi hijau.
Agensi
Wed Jan 19 2022

Kerjasama dalam pelbagai aspek adalah kritikal untuk pembangunan ASEAN memandangkan penumpuan pelaburan langsung asing (FDI) di ASEAN berhubung kait dengan aktiviti rantaian nilai global. - Foto REUTERS

Sukan SEA Hanoi: Malaysia pertahan emas gimrama all-around berkumpulan
Skuad gimrama mempamerkan persembahan mantap yang memikat hati juri untuk menghimpunkan mata tertinggi 49.20 mata.
![AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967700/19650021631652960152944_640x360.jpg)
AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan: AWANI Borneo 19 Mei 2022 : - Sabah, Sarawak rekod peningkatan kes HFMD. - DUN Sarawak sebulat suara luluskan RUU Hutan 2022. - Sazzlan dan Taqiyuddin dedah rahsia tuai emas di Hanoi.

Dakwaan Konsulat Indonesia berhubung kapal dagang Malaysia-Indonesia dikawal oleh dasar kabotaj mengelirukan
Kenyataan kaunselor hal ehwal ekonomi bagi konsulat Indonesia di Sabah, Muhammad Muhsinin Dolisada, berhubung penggunaan kapal dagang kayu dan kecil di perairan Malaysia dan Indonesia dengan mengaitka

Sukan SEA 2021 | Sazzlan tidak pernah ponteng latihan
Latihan yang konsisten selain tidak ponteng jadual merupakan tip kejayaan Sazzlan Yuga bersama pasangannya Mohd Taqiyuddin Hamid untuk membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam. Menerusi acara akhir Silat Ganda Putra (Seni) pada 11 Mei lalu, Sazzlan dan Taqiyuddin mengutip 9.950 mata mengatasi pencabar dari Singapura. Bagi Sazzlan yang merupakan anak jati Tawau, Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang untuk beliau teruskan latihan.

Peranan Media | Bantu pelaksanaan polisi agenda pembangunan
Pembentukan dan pelaksanaan polisi serta agenda pembangunan rakyat di Sarawak turut bergantung kepada integriti pengamal media dalam melaporkan isu di peringkat akar umbi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menafikan hak media dalam mengangkat isu rakyat sebagai penanda aras pengurusan yang baik daripada pihak pentadbir.

DUN Sarawak | Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Sarawak akan terus mengkaji keperluan membuat pindaan kepada Perlembagaan negeri dan Ordinannya bagi menjamin kepentingan negeri itu. Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan usaha itu bergerak kondusif di antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

DUN Sarawak | Dasar hutan perlu pelaksanaan berintegriti
Blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak turut memberi sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 dengan wawasan untuk memperkasa pemuliharaan dan pemeliharaan hutan negeri itu. Bagaimanapun, ADUN Padungan, Chong Chieng Jen dan ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh antara yang membahaskan RUU tersebut menuntut pelaksanaan dasar tersebut dibuat secara berintegriti.

DUN Sarawak | Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau
Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 berkata penguatkuasaannya akan merealisasikan agenda Sarawak untuk meningkatkan stok karbon dan penghasilan ekonomi hijau di peringkat global. Jelasnya, jumlah stok karbon sedia ada yang dikenal pasti, diukur, dan diiktiraf meletakkan Sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

DUN Sarawak | Pindaan RUU Hutan dilulus sebulat suara
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan pindaan Rang Undang Undang (RUU) Hutan 2022 untuk merangkumkan stok karbon dan gas rumah hijau sebagai hasil hutan negeri itu. Perkara itu diumumkan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar selepas menyaksikan sokongan sebulat suara anggotanya.

Nasional | PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja dua hari ke Sabah. Ismail Sabri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.40 petang di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis. Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan serta beberapa pemimpin kerajaan negeri lain.

Jumlah perdagangan Malaysia naik 21.3 peratus kepada RM231.44 bilion pada April 2022 - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum peningkatan pada April 2022 dengan jumlah perdagangan menokok 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.44 bilion.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

Menteri Kesihatan ASEAN setuju dengan pengiktirafan bersama sijil vaksin COVID-19
Ia bertujuan memudahkan urusan pengesahan sijil vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan oleh setiap negara anggota ASEAN.

ASEAN, AS perlu 'memandang ke hadapan' dalam perkongsian strategik menyeluruh - PM Thai Prayuth
Prayuth mengesyorkan ASEAN dan AS meningkatkan usaha kolektif untuk membina 'landskap baharu' dalam tiga bidang iaitu keselamatan, ekonomi dan perubahan iklim.

ASEAN, AS komited tingkat kerjasama dalam bidang maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang maritim melalui mekanisme diterajui ASEAN.

ASEAN, AS ganda usaha kolektif untuk penyelesaian damai di Myanmar
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) akan menggandakan usaha kolektif ke arah penyelesaian damai di Myanmar.

Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Malaysia mahu AS bertindak cepat seperti yang berlaku dalam krisis pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.

Kepimpinan PM dalam Kerjasama ASEAN-AS jadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi
Usaha PM dalam memastikan pemulihan ekonomi antarabangsa menjadi keutamaan disambut baik Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Lawatan kerja empat hari ke AS satu kejayaan - PM Ismail Sabri
Beliau berkata lawatannya itu mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-AS, dan juga ASEAN-AS.

Sidang Kemuncak ASEAN-AS: Pastikan rangkaian bekalan global tersedia - Ismail Sabri
Beliau berkata langkah itu penting dalam menangani isu jaminan kesihatan dan pemulihan pandemik.