awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Colombia panggil pulang duta ke AS susulan ketegangan memuncak

Bernama
Bernama
20/10/2025
15:49 MYT
Colombia panggil pulang duta ke AS susulan ketegangan memuncak
Duta Colombia ke Amerika Syarikat, Daniel Garcia-Pena, telah dipanggil pulang untuk rundingan oleh Presiden Gustavo Petro Urrego.
ISTANBUL: Colombia memanggil pulang dutanya ke Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Daniel Garcia-Pena, Duta Colombia ke Amerika Syarikat, telah dipanggil pulang untuk rundingan oleh Presiden Gustavo Petro Urrego," menurut kenyataan Kementerian Luar Colombia dari Bogota, ibu negara negara itu.
Kerajaan akan mengumumkan keputusan selanjutnya "dalam beberapa jam akan datang," menurut kenyataan itu lagi.
Tindakan itu diambil selepas Presiden AS Donald Trump menuduh Gustavo Petro sebagai "ketua dadah" dan mengumumkan penggantungan semua bantuan ekonomi kepada negara itu.
Petro membalas pada Ahad bahawa Trump telah "dikelirukan" oleh penasihat-penasihatnya.
Pemimpin Colombia itu berkata beliau adalah orang yang mendedahkan kaitan antara aktiviti pengedaran dadah dengan kuasa politik di negara berkenaan.
Pertikaian itu merupakan yang terkini dalam siri ketegangan antara kedua-dua negara sejak Trump kembali ke Rumah Putih untuk penggal kedua pada Januari lepas.
Perkembangan sebelum ini termasuk keputusan AS mengeluarkan Colombia daripada senarai negara yang memerangi dadah serta pembatalan visa Petro bulan lepas susulan kenyataannya semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#duta colombia ke AS
#ketegangan memuncak
#Colombia
#Amerika Syarikat
#daniel garcia-pena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan