Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Oktober 2025.
Seramai 22 orang awam cedera dalam insiden letupan mercun di Paya Besar, Kulim pada 12.45 tengah malam.
Semangat saling menghormati dan persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk serta diperkukuh.
Syarat itu perlu dipatuhi oleh semua bakal jemaah haji sebelum layak memperoleh visa haji daripada pihak berkuasa Arab Saudi.
Anugerah ini memperkukuh peranan KPKT dan kedudukan Malaysia sebagai rakan global dalam gerakan kehidupan sifar sisa.
Suasana pilu menyelubungi Krematorium Nirvana, Seksyen 21 apabila keluarga, guru dan rakan-rakan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Yap Shing Xuen, pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam kejadian tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selasa lalu.
Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, di sini, pada Sabtu.
Kesatuan Eropah (EU) memuji peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, menyifatkannya sebagai luar biasa dan mengagumkan sambil menyatakan harapan untuk mengukuhkan kerjasama dengan rantau itu melalui peningkatan nilai hak asasi manusia dalam perjanjian ekonomi dan perdagangan masa hadapan.
Malim gunung bukan sekadar penunjuk arah di laluan pendakian, malah memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kelangsungan aktiviti pendakian di seluruh negara.
Public Health Malaysia (PHM) menegaskan bahawa tiada sebarang kit ujian kendiri influenza yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk kegunaan orang awam setakat ini, meskipun semakin banyak produk seumpamanya dijual di pasaran dan secara dalam talian.
Bintang skuasy negara S. Sivasangari meneruskan momentum cemerlang di pentas antarabangsa apabila naik dua anak tangga untuk menduduki tangga keenam dunia, kedudukan tertingginya dalam ranking terkini Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang diumumkan hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


