JOGJAKARTA: Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu menjadi lebih kuat dalam menempuh fasa pemulihan pandemik COVID-19 agar dapat mencapai tahap pelancongan yang berkualiti dan mampan.
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno berkata memandangkan blok serantau ini menyediakan persekitaran yang stabil, aman dan kesalinghubungan, adalah mustahak jika mesej bangkit menjadi lebih kuat dibuat kepada masyarakat dunia.
"Walaupun terdapat begitu banyak ketidaktentuan, ketidakstabilan, dan kerumitan dari segi situasi pasca-pandemik, kita sememangnya pusat pertumbuhan.
"Kita kaya dengan alam semula jadi dan budaya. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk pulih bersama-sama, terutamanya dalam aspek kualiti dan pelancongan yang mampan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-26 Menteri Pelancongan ASEAN dan Mesyuarat Berkaitan (ATMM26) di sini, pada Ahad.
Mesyuarat itu diadakan di luar Forum Pelancongan ASEAN 2023 (ATF 2023) yang berlangsung selama lima hari dan berakhir semalam.
"Bermula daripada Forum Pelancongan ASEAN 2023, kita perlu (juga) menjadi lebih inklusif, menggalakkan penglibatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana, perwakilan wanita dalam sektor pelancongan dan penyertaan generasi muda. Sudah tentu, kita juga perlu mencipta peluang pekerjaan berkualiti," katanya menjawab soalan mengenai mesej yang ingin disampaikan Indonesia kepada dunia melalui ATF2023, khususnya hampir tiga tahun selepas pandemik COVID-19.
Senada dengan Sandiaga, Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam Doan Van Viet berkata negara-negara anggota harus terus mempromosikan ketersambungan, serta memudahkan prosedur dan dasar dari segi visa.
"Mengenai fasa pasca-pandemik, tidak syak lagi bahawa ASEAN harus mengikuti dan meneruskan strategi semasa ke arah membangunkan aktiviti pelancongan di rantau ini. Kita juga harus mempertimbangkan untuk membuat pelarasan berhubung situasi terkini.
"Keterhubungan adalah penting untuk mempromosikan pasaran kita kepada dunia, serta visa. Dengan mempromosikan nilai budaya sebenar bagi setiap negara anggota, ia akan membantu kita mencapai hasil yang baik dalam sektor pelancongan bersama-sama," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Kebudayaan, Penerangan dan Pelancongan Laos, Suanesavanh Vignaket dan Setiausaha Jabatan Pelancongan Filipina Christina Garcia Fasco.
Bertemakan "ASEAN: A Journey to Wonderful Destinations", ATF 2023 ialah acara pelancongan terbesar di rantau ini yang bertujuan membangunkan destinasi pelancongan serantau dan antarabangsa, serta mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan.
Indonesia, selaku pengerusi ASEAN 2023, pernah berkhidmat sebagai Pengerusi ASEAN pada 2011, 2003, 1996 dan 1976.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023

SANDIAGA: Terdapat keperluan mendesak untuk pulih bersama-sama, terutamanya dalam aspek kualiti dan pelancongan yang mampan. - Foto Twitter

Rangka manusia tapak arkeologi Guar Kepah akan dibawa pulang dari Belanda
Rangka-rangka ini dijangka dibawa pulang tahun depan untuk disimpan dan dipamerkan di Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah yang sedang dibangunkan.

Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.

Guna hasil samun beli aksesori motosikal
Siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas di kedai pajak sebelum membeli aksesori untuk dipasang pada motosikalnya.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

ASEAN, China perlu bekerjasama tangani risiko, manfaatkan lonjakan ekonomi - Tengku Zafrul
Asean dan China perlu menangani empat risiko yang ada pada masa ini untuk memanfaatkan lagi peluang dalam ekonomi masing-masing.

China dan ASEAN mahu mantapkan lagi kerjasama saling menguntungkan
China menghargai keanggotaan ASEAN dalam 'Group of Friends' GDI, serta komited menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan di bawah BRI dan AOIP.

BFA jana peluang baharu kepada ASEAN
Hou Yanqi menyifatkan penganjuran acara tahunan itu sebagai tepat pada waktunya kerana ia selaras dengan keadaan semasa.

Vietnam, Malaysia sasar kerjasama kukuh pasaran buruh
Malaysia masih kekal sebagai antara pasaran utama bagi pekerja tidak mahir Vietnam selepas Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

ATB lancar Taksonomi ASEAN Kewangan Lestari Versi 2
Melalui rangka kerja asas yang mengguna pakai pendekatan berasaskan prinsip, pengguna dapat menilai aktiviti ekonomi secara kualitatif.

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Kukuhkan aktiviti perdagangan untuk tingkatkan integrasi ekonomi - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menggesa negara-negara anggota untuk mengembangkan dan mengukuhkan aktiviti perdagangan bagi meningkatkan integrasi ekonomi.

Keberhasilan ekonomi ASEAN akan pacu Malaysia dan ekonomi rantau ini - MITI
Pemukiman AEM kali ke-29 yang berlangsung di Magelang, Indonesia pada Rabu sepakat menyokong tujuh PED yang dirangka Indonesia mengikut bidang kuasa mereka.