JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), menyeru agar negara-negara anggota ASEAN yang mempunyai semangat keagamaan yang tinggi, perlu menjadi tonggak keamanan dunia, lapor Agensi Berita ANTARA.
Beliau membuat kenyataan itu di Forum Dialog Antara Budaya dan Antara Agama ASEAN 2023 (ASEAN IIDC) yang dianjurkan oleh Lembaga Eksekutif Nahdlatul Ulama (PBNU) bersama-sama Kementerian Luar Indonesia di Jakarta pada Isnin.
"ASEAN harus menjadi tonggak keamanan dunia. Saya yakin bahawa komuniti ASEAN mempunyai semangat keagamaan yang semakin menebal," kata Jokowi.
Beliau menekankan ASEAN perlu menjadi tonggak keamanan berikutan pergolakan global. Menurut Indeks Kesejahteraan Global 2023, konflik melibatkan 91 negara, dengan jumlah kematian sebanyak 238 ribu mengakibatkan kerugian ekonomi sebanyak US$17.5 trilion.
Namun, masyarakat dunia dilihat semakin kurang beragama. Tinjauan IPSOS Global Religion 2023 menunjukkan 29 peratus individu adalah agnostik dan ateis membabitkan 19,731 orang dari 26 negara.
"Menurut data dari Pusat Penyelidikan EU, jumlah insiden keganasan fizikal turut meningkat," tegas Jokowi.
Beliau percaya bahawa peserta 2023 IIDC mempunyai komitmen untuk menyokong ASEAN menjadi contoh toleransi dan perpaduan, serta peneraju keamanan dunia.
"Negara-negara ASEAN, termasuk Indonesia, berjaya mengekalkan tradisi toleransi yang kukuh di tengah-tengah kepelbagaian budaya dan agama. Indonesia juga mampu mengekalkan keharmonian meskipun kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya, agama, dan kepercayaan.
"Oleh itu, saya mengalu-alukan peranan konstruktif pemimpin agama dan budaya di ASEAN, termasuk melalui dialog antara budaya dan persidangan antara agama ini," katanya.
Beliau menzahirkan harapannya bahawa forum ini akan membawa pemahaman yang lebih luas dan boleh menjadi asas kukuh untuk menjadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan dan pusat keharmonian dunia.
Sementara itu, Pengerusi pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU), Yahya Cholil Staquf, menyatakan bahawa acara ini adalah kesinambungan daripada Forum Dua Puluh (R20) yang diadakan tahun lalu.
Beliau berkata bahawa komuniti ASEAN dan Indo-Pasifik sebenarnya telah mewarisi satu tamadun bersama yang menjadi warisan budaya bersama, dengan toleransi dan keharmonian sebagai ciri utama.
Justeru, pihaknya memulakan Forum IIDC ASEAN 2023 untuk menggalakkan toleransi dan keamanan yang diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakt global secara keseluruhannya.
"Pada Persidangan ASEAN, Indonesia mencadangkan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan, jadi kami juga ingin menyumbang idea untuk menyokong aspirasi itu dengan menjadikan ASEAN pusat perdamaian, toleransi, dan harmoni," katanya.
Acara berkenaan dihadiri oleh 200 peserta, termasuk 11 penceramah tempatan, 15 penceramah asing, dan 27 delegasi dari negara-negara ASEAN dan negara-negara lain, seperti Amerika Syarikat, China, India, dan Jepun.
--BERNAMA-ANTARA
Bernama
Mon Aug 07 2023
"Saya yakin bahawa komuniti ASEAN mempunyai semangat keagamaan yang semakin menebal," kata Jokowi. - Gambar fail
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.